Thursday, 1 August 2013

last friday Ramadhan 1434H

Jam di tangan sudah pukul 1.20 petang, tapi masih ramai lelaki muslim di Kuantan Parade sedangkan waktu itu Khatib mungkin sedang membaca khutbah di masjid. Sewaktu di dalam lif pun, hampir kesemua anak muda lelaki di dalam lif tu, terdetik "takkan semua ni musafir kot". Kalau nak tegur, takut nanti ambil risiko, mane tahu ada yang kaki pukul ke, ikut aku sampai balik asrama ke. "Tapi takkan tak nak buat apa2. Cegah dengan iman je ke. hmm, memang selemah2 iman".

Tiba2, teng! muncul idea utk tegur secara indirect, terus dia 'silent'kan hp dan sengaja bunyikan lagu ringing tone.

A: ye, wa'alaikumussalam ibu. kak duk di KP ni. Ayah gi masjid dh solat juma'at?....
A: ooo, adik g solat juma'at skali k. baguslah, kecik2 pun rajin solat juma'at, padahal budak kecik tak wajib pun lagi. (sengaja ditekankan perkataan wajib).
A: ok la umi, nak balik dah ni. assalamu'alaikum..

Ting! Lif terbuka. Sebelum keluar, ada sorang anak muda tegur, "dik, pakai hp jenis apa? hebat hp sampai boleh terima call dalam lif. Apapun, terima kasih", anak muda itu senyum sambil keluar lif. Dia terkebil2 sekejap, tapi tak lama, kemudian bibir mengukir senyum. Misi dakwah secara indirect terlaksana, bukan nak pada hasil, cukuplah sekadar 'usaha menyampaikan'. Anak muda ini akan jadi imam keluarga nanti, kalau tak dapat jaga solat jumaat, macam mana nak jaga keluarga sebagai aset ke syurga..

“Pada hari Jumaat, ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan".



No comments:

Post a Comment