Tuesday, 27 August 2013

raya

Through thick and thin; SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN. 

 Moga roh Ramadhan itu dibawa ke bulan syawal dan seterusnya. Kerna aku bukan hamba Ramadhan. (nota yang ditulis utk Ramadhan tahun lepas)

Aku bukan hamba Ramadan,
kerna Ramadan cuma sebulan,
itu cuma satu kesempatan daripada Tuhan,
agar aku gandakan amalan,
agar aku tingkatkan kesabaran,
untuk menjadi hamba beriman.


Dalam tempoh sebulan,
al-Quran menjadi teman,
qiam pun jadi ringan,
jemaah subuh tak pernah lengang,
terawih di masjid jadi kebiasaan,
sentiasa cari peluang berbuat ihsan,
berusaha selalu menjaga pandangan,
lisan terjaga daripada perkara haram,
agar pahala tidaklah lompang,
kerna merebut barokah Ramadan.


30 hari berlalu sudah,
‘Aidil fitri disambut meriah,
solat pun makin lengah,
kadang terlewat sampai Subuh gajah,
baca Quran makin susah,
hati makin goyah,
kadang tersesat dengan dosa membuncah.


Ya Allah,
bantulah aku dalam mengingatiMu,
bersyukur padaMu,
dan perelokkan ibadahku,
aku tidak mahu jadi hamba Ramadan,
tapi jadi hambaMu Tuhan,
aku tidak mahu bertuhankan Ramadan,
tapi bertuhankan Engkau Ya Rahman,
ikhlaskan aku,
agar madrasah Ramadan sebulan ini,
mendidik aku menjadi hambaMu yang muttaqin,
bukan saja di bulan ini,
bahkan ke penghujung hayatku nanti.

Jangan lupa puasa 6 :)

No comments:

Post a Comment