Tuesday, 24 September 2013

paediatrics

Tengah round ward cari case untuk case presentation esok, datang seorang adik lelaki lebih kurang umur 6 atau 7 tahun,

"doktor, kalau doktor cek saya, boleh dapat hadiah k?", ramah adik itu menyapa.
"boleh2. Jom. Katil adik kat mana?", aku bertanya sambil mengikut adik itu ke katilnya.
"doktor, sakit ke doktor buat ni nanti? Mak kata kalau tak nak sakit, kena baca bismillah. Doktor baca bismillah dulu ye", kata2 yang nampak macam demand, tapi sebenarnya teguran pada kami semua agar apa2 pun, mula dengan bismillah. 
........
Sementara tunggu ibu adik ni, siap practise respiratory dan abdominal examination kat adik ni. Dan dalam 4 plastik Cloud Nine jugak habis kat adik ni saja, pandai dia cekup dalam poket white coat. Memang licik.

10 minit lepas tu, kelihatan ibu adik ni datang menghampiri katil dan dukung seorang budak perempuan comel yang ada IV infusion kat tangan dia. Rupanya, budak perempuan ni yang sakit. Dan yang aku examine tadi tu rupanya sepupu dia. Haaa, patutlah semua normal je bila cek adik lelaki tu tadi, tak tahu tang mana yang sakit kat adik tu. Haha. Akhirnya, habis bekalan Cloud Nine kat katil ni saja.  >.<
...............................
Posting paed ni kena pandai pikat hati kanak2 ribena. Paed ni best, tapi kena tahan telinga dengar budak2 menangis setiap hari.. Enjoy this journey. It is not easy, but do able.....