16 Mac 2011
Kami berhenti di masjid Bir 'Ali untuk solat sunat ihram dan berniat ihram. Jadi, menurut ustaz, kami dilarang melakukan beberapa perkara seperti memakai wangi- wangian, mencabut rambut yang ada pada tubuh dan beberapa lagi perkara lain. Berada dalam ihram ini sama seperti apabila kita hendak menunaikan solat, bermulanya kita mengangkat takbiratul ihram, kita dilarang makan, minum, bercakap dan lain-lain. Inilah salah satu cara Allah mendidik umat Islam agar berdisiplin.
Alhamdulillah. Kami selamat tiba di bumi kelahiran Nabi Muhammad s.a.w lebih kurang pukul 11 malam. Selepas makan malam dan check in di hotel Haneen Firdaus, kami bersiap untuk menunaikan umrah pada malam itu juga supaya dapat cepat keluar daripada ihram (bertahallul). Jadi, dengan bimbingan 2 orang mutawwif dari Indonesia, kami segera berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram walaupun dalam keadaan hujan. Alhamdulillah, hujan pada malam itu menggembirakan penduduk Mekkah setelah lama tidak turun hujan. Moga hujan pada malam itu adalah hujan rahmat. Allahumma amin. Pada malam itu, kami tawaf mengelilingi Kaabah di dalam hujan. Hujan di luar sekali dengan hujan di mata.Sedikit coretan hati yang dinukilkan di Tanah Haram.
Selepas selesai tawaf 7 pusingan, kami meneruskan ibadah umrah ini dengan sa'ie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Jarak dari Safa ke Marwah lebih kurang 4.2 m dan mengambil masa lebih kurang sejam, tambahan pula terpaksa menunggu nenek dan ayah long yang sedikit uzur. Tapi Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang, kami semua tidak demam ataupun sakit walaupun kesejukan dibasahi hujan. Terima kasih Ya Allah.
Sewaktu sa'ie, terbayang di minda kisah hebat Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail sewaktu ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di lembah ini yang kering kontang suatu masa dahulu. Apabila si anak menangis kehausan, Siti Hajar bangun mendaki Bukit Safa yang merupakan bukit terdekat dengannya dengan harapan agar dapat meminta pertolongan sesiapa untuk memberikan mereka sedikit air. Namun, hasratnya idak kesampaian. Lalu, beliau terus berjalan mendaki Bukit Marwah dengan harapan yang sama, tetapi tiada seorang manusia pun kelihatan berada di situ. Akhirnya, setelah 7 kali ulang alik, Allah telah menghantar malaikat Jibril untuk membantu kedua-dua beranak itu dengan menganugerahkan air yang terpancar keluar di tanah tempat Ismail menghentakkan kakinya. Lalu Hajar terus membuat batas dengan tangannya di sekeliling mata air itu sambil menyebut zamzam yang bermakna takung dan mengisi ke dalam bekas airnya. Menurut ustaz, kita patut berterima kasih pada Siti Hajar kerana telah menakung air itu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: "Semoga Allah merahmati ibu Ismail. Jika beliau membiarkan air zamzam mengalir tanpa cuba membatasinya, nescaya zamzam akan menjadi sungai yang mengalir ke seluruh muka bumi". Allahuakbar.
Pada pagi itu, kami pergi ke Masjid Tan'iem untuk niat ihram (umrah sunat kali ke-3)
Masjid Tan'iem, juga dikenali dengan nama Masjid Sayyidah Aishah. Di sini berlakunya peristiwa pembunuhan Khubaib bin 'Adi r.a oleh kafir Quraisy sewak tu peristiwa Delegasi Ar Raji'. Sebelum dibunuh, Abu Sufian bertanya Khubaib: "Sukakah engkau jika Muhammad berada di tempat kamu sekarang dan kami pancung kepalanya, sedang engkau bersama keluargamu?". Lalu Khubaib menjawab: " Demi Allah, aku tidak suka kalau aku bersama keluarga, sedang Muhammad disakiti walaupun hanya kerana tertusuk duri". Subhanallah, kasihnya para sahabat terhadap Nabi Muhammad. Bagaimana agaknya diri kita? Habib Umar pernah berkata: "Jika Nabi itu hidup dalam hatimu, nescaya engkau tidak cemarkan hatimu dengan perkara maksiat". Tepuk dada, tanya iman. Sejauh mana Rasulullah hidup dalam hati kita. |
Abi, Husni dan Ayah Long siap berpakaian ihram di Masjid Tan'iem. |
Kami dibawa melawat Muzium Mekkah, ladang unta dan Hudaibiah.
Di ladang unta. Tertarik dengan cerita ustaz Moin bahawa air kencing unta boleh digunakan sebagai ubat. Percaya atau tidak? Rupanya Anas bin Malik r.a pernah berkata: "Cuaca Madinah tidak sesuai untuk beberapa orang, maka Nabi s.a.w menyuruh mereka mengikut pengembala untanya, kemudian dapatkan air kencing dan susunya. Maka, mereka mengikut pengembala itu dan minum susu serta kencing unta sehingga menjadi sihat semula badan mereka".
|
Tangga untuk naik ke Kaabah di Muzium Mekkah |
Peta perjalanan yang dilalui oleh Nabi sewaktu peristiwa hijrah ke Madinah. Dalam perjalanan, Nabi dan Abu Bakar dikejar oleh Suraqah bin Malik. Tapi, setiap kali hendak memanah, kaki kudanya akan terbenam,ke dalam tanah sehingga dia terjatuh. Akhirnya timbul rasa takut dalam dirinya kerana yakin Muhammad itu dipelihara oleh Tuhan, lalu dia meminta keamanan daripada Muhammad s.a.w. Dan Rasulullah telah berjanji untuk memberikan gelang Kisra Parsi kepada Suraqah suatu hari nanti. Allahuakbar. Ternyata kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah Al Amin itu benar. Pada zaman Saidina Umar r.a, Parsi telah jatuh ke tangan Islam dan salah satu harta rampasan perang ialah gelang tangan kisra. Jadi, Umar memanggil Suraqah yang telah memeluk Islam pada waktu itu untuk dipakaikan gelang tangan kisra dan Umar meminta agar Suraqah menceritakan apa yang telah disebut oleh Rasulullah s.a.w semasa peristiwa hijrah dahulu.
Tepat jam 10 pagi, kami menaiki bas meninggalkan bumi barokah Mekkah Al Mukarramah. Selamat tinggal tanah mulia kelahiran Rasulullah, kami pasti merinduimu. Ya Allah, murahkan rezeki kami agar kami dapat kembali menziarahi Baitullah untuk beribadat kepadaMu. Ampunkanlah dosa kami dan selamatkanlah perjalanan kami ini.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Masjid Biru yang terletak di tepi Laut Merah di Jeddah. Pemandangan sekelilingnya sungguh cantik ditambah pula dengan angin sejuk yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Subhanallah..
|
coretan ini sangat bermakna.
ReplyDeletesemoga cita-cita utk ke sana akan tercapai jua.
dlm bnyk2 gmbr, husni nmpkm paling tinggi..kalah pak arab.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik. Pakej Percutian ke AustraliaPakej Percutian ke Perth
ReplyDeleteEskişehir
ReplyDeleteAdana
Sivas
Kayseri
Samsun
PYT
Afyon
ReplyDeleteAntalya
Erzurum
Mersin
izmir
MNİ
izmir
ReplyDeleteErzurum
Diyarbakır
Tekirdağ
Ankara
1X58FY
84EAA
ReplyDeleteGiresun Parça Eşya Taşıma
Niğde Parça Eşya Taşıma
Niğde Şehirler Arası Nakliyat
Maraş Şehirler Arası Nakliyat
Samsun Evden Eve Nakliyat
Ağrı Evden Eve Nakliyat
Kayseri Evden Eve Nakliyat
Rize Lojistik
Diyarbakır Parça Eşya Taşıma
99C8E
ReplyDeleteGölbaşı Parke Ustası
Ünye Kurtarıcı
Aydın Şehir İçi Nakliyat
Kilis Şehir İçi Nakliyat
Çerkezköy Oto Elektrik
Erzincan Şehirler Arası Nakliyat
Balıkesir Evden Eve Nakliyat
Muş Lojistik
Silivri Boya Ustası
E1EF3
ReplyDeletereferanskodunedir.com.tr
7F6F0
ReplyDeletereferans kodu
BB454
ReplyDeleteGörüntülü Sohbet Parasız
Btcturk Borsası Güvenilir mi
Coin Nedir
Binance Referans Kodu
Threads İzlenme Hilesi
Periscope Beğeni Hilesi
Görüntülü Sohbet Parasız
Soundcloud Reposts Satın Al
Kripto Para Çıkarma
afdsfvsdgdfhdfhg
ReplyDeleteصيانة بوتاجاز مكة
sgsgdhgbfdhfgjh
ReplyDeleteصيانة بوتاجاز مكة
شركة تسليك مجاري بجدة DwAY1qsnCz
ReplyDeleteشركة تنظيف خزانات بخميس مشيط e9tr6r7v1U
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالدمام VQjV4weCiI
ReplyDeleteشركة تسليك مجاري بالاحساء 1EvJzCAPz1
ReplyDeleteشركة تنظيف خزانات بابها 1oehKOvbO1
ReplyDeleteشركة تنظيف مساجد بجازان dNuPEcIlAu
ReplyDelete