Showing posts with label inzar. Show all posts
Showing posts with label inzar. Show all posts

Tuesday, 13 December 2011

Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis

Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah menangis apabila mendengar 2 bait pertama syair ini:



Jika Tuhanku bertanya padaKu, "Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?"
kau sembunyikan dosa daripada makhluk-Ku,
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa,

Allahuakbar. Peringatan yang sangat menggetarkan jiwa dengan alunan sya'ir yang begitu mendayu. Tertarik dengan kata2 seorang ulama':

"Bagaimana mungkin seorang hamba memperturutkan hawa nafsu dan berbuat maksiat jika di hatinya ada Allah s.w.t"

Pesan buat diri terutamanya dan sahabat2 semua,

BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT,
bagaimana mungkin aku bisa ketawa,
tika dosaku lebih banyak dari pahala,
bagaimana mungkin aku terleka,
pada ajal yang kan tiba bila-bila masa,
pada azab kubur yang sungguh menyeksa,
pada azab yang tersedia di neraka,
pada hari pembalasan yang pasti tiba,
SEDANG DIRI BELUM  SEDIA.

Monday, 8 August 2011

Biar TUTUP aurat, jangan BUNGKUS atau TUDUNG aurat.

Puasa, tapi tak tutup aurat. 
Fenomena yang dah jadi budaya: Puasa, tapi tak tutup aurat. Puasa wajib, tutup aurat pun hukumnya wajib kan? Mungkin bagi mereka, puasa hanya dengan tahan diri daripada makan dan minum, solat terawih, banyakkan sedekah dan buat kerja 'amal. Tapi, aurat tak tutup. Apakah golongan begini dapat mencapai matlamat puasa iaitu untuk mencapai taqwa??

Mungkin akan ada orang kata, "Don't judge a book by its cover. Main aci redah je nak hukum orang tu bertaqwa ke tak. Belum tentu orang pakai tudung tu bertaqwa. Allah je yang boleh nilai". Ya, saya sokong. Jangan hukum seseorang tu berdasarkan luaran. Tak semestinya perempuan bertudung itu baik, tapi perempuan yang baik sudah tentu bertudung kan? Perempuan yang bertaqwa pasti nak jaga maruah dia kan, nak jaga keaiban diri. Formula yang mudah.. 

aurat = (عورة) keaiban
orang yang buka aurat = orang yang buka keaiban diri

Mungkin mereka tak rasa aib di dunia, tapi jangan lupa aib di mahkamah mahsyar nanti. Pada waktu itu, tiada siapa pun yang dapat bantu kita, hanya anggota badan yang akan jadi saksi untuk berhujah di hadapan Allah Ta'ala nati. Rambut akan mengadu bahawa si fulan binti si fulan ini tidak menutupnya daripada pandangan bukan mahram. Anggota badan akan mengadu bahawa tuannya sering menayangkan bentuk tubuh badannya dengan berpakaian ketat ketika di luar rumah. Maka, bersedialah tuan empunya badan. Anggota badan yang kita kagumi di dunia ini dulu, telah memboikot kita dengan mendedahkan keaiban kita kerana melanggar suruhan Allah. Siapa kita untuk melawan syariat Allah??
 
Fesyen acuan Allah
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka...”   (An Nur:31)

Malang sekali, terlalu ramai yang BERTUDUNG, tapi tidak sempurna mengikut syariat. Tutup aurat bukan sekadar dengan memakai tudung, tapi biarlah tudung itu menutupi dada, kain tak nipis dan tak ketat. Trend anak mudi sekarang, ramai yang bertudung, tapi pakai baju ketat. Bertudung, tapi tudung terlalu nipis hingga nampak leher dan rambut. 

3 kategori aurat
Dr Basit pernah sebut: "Aurat ni ada 3 kategori:

1) Orang yang TUTUP aurat- paling sempurna (x nipis, x ketat)
2) Orang yang TUDUNG aurat- macam tudung saji, boleh nampak makanan di dalam tu. Orang jenis ini suka pakai baju nipis
3) Org yang BUNGKUS aurat- Orang yang pakai baju seluar ketat. 

Jadi, tengoklah pakaian kita kategori mana? TUTUP/ TUDUNG/ BUNGKUS aurat?? 

Kalau kita masih tergolong dalam kategori yang tudung atau bungkus aurat, segeralah berubah pada TUTUP AURAT. Berfesyen ikut acuan Allah kan lebih manis.

Tak kisahlah kalau nak pakai selendang lilit-lilit pun, carilah selendang yang tak jarang dan panjang. Lilitlah dengan kreatif hingga menutupi dada. 

Nak pakai tudung ariani pun, silalah. Tapi carilah yang sesuai dengan tubuh kita, biarlah ia labuh menutupi dada. 

Nak pakai tudung bawal pun, pakailah. Tapi pastikan ia tak jarang dan labuh tutup dada. Tapi kalau kat rumah dah berlambak ada tudung bawal yang nipis, pakailah inner di dalam supaya leher kita tak kelihatan.  
 
Jangan rasa berat untuk ikut syariat Allah. Jangan rasa beban untuk tutup aurat dengan sempurna. Semuanya bergantung pada kita. Kalau rasa tak kuat untuk berubah, carilah kekuatan itu. Timba ilmu, banyakkan solat, rujuk orang yang 'alim. Bukan sekadar berkata: "Aku belum dapat hidayah lagi. Hati aku belum ikhlas lagi untuk lakukan perubahan ni. Aku tak nak jadi hipokrit". Stop drama itu. Ikutlah skrip yang dah ditetapkan Allah. 
 
Ambillah peluang bulan Ramadhan sebulan ini untuk kita lebih serius dengan penjagaan aurat. Allah wajibkan kita tutup aurat, mesti ada sebab dan hikmah yang besar di sebalik itu. Biarlah di hari raya Aidilfitri nanti, kita semua tampil dengan pakaian sunnah yang menepati semua syariatullah, dan yang lebih penting ia berkekalan hingga penghujung umur kita. Jangan biarkan anggota badan kita bersuara di akhirat nanti untuk dedahkan keaiban kita kerana kita suka membuka aurat (keaiban) kita di dunia dulu. Saya sayang antunna semua. :) 

p/s: Ini ada link untuk artikel saya dulu.TABARRUJ: Bertudung, tapi seksi. Moga ada baiknya.

  

Thursday, 14 July 2011

Di mana DIA di hatiku?

Bila cuti ni, tak dak idea sangat nak menulis. Kali ni, sekadar nak share kata-kata daripada buku Di Mana DIA di Hatiku yang terasa 'gha' di hati ni:
"Dalam hidup ni, manusia akan berdepan dengan 2 perkara. Pertama, perkara yang perlu dilakukan dan kedua, perkara yang suka dilakukan. Perlu dan suka ini amat bertentangan. Contohnya, solat subuh.. Bila hampir masuk waktu Subuh, perkara yang PERLU kita lakukan ialah bingkas bangun, bersuci dan terus berwudhu'. Tapi, apa perkara yang suka kita buat? Pasti kita semua lebih SUKA untuk terus tidur, apatah lagi Subuh itu sejuk dan nyaman. Hmm, bangun Subuh ialah perkara PERLU, manakala terus tidur ialah perkara yang kita SUKA buat. Yang mana satu lebih baik. Tentulah sembahyang itu lebih baik daripada tidur. Tapi, apa yang nafsu inginkan? Jawabnya, tidur! Jadi, lawanlah nafsu. tiada jalan pintas. Ingat, untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang PERLU kita buat walaupun kita tidak suka. Tiada pilihan lain. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis !"

"Bila Allah takdirkan sesuatu terjadi, pasti ada hikmah di sebaliknya. Baik buruk hanya tafsiran manusia, sedangkan di sisi Allah, segalanya baik belaka. Maha Suci Allah daripada bersifat zalim dan aniaya terhadap hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah"

Sabda Rasulullah: "DOSA adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya" Ya, dosa boleh boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.

"Jangan bimbang jika tidak dihargai, tapi bimbanglah jika benar-benar kita tidak berharga"

"Kebaikan itu nampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Kena mujahadah. Tapi, apabila dilaksanakan, akan terasa kemanisannya. Terasa kehidupan hari itu sungguh bermakna. Manakala, kejahatan itu nampak indah, mudah dan manis. Tapi, bila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. kerana Nabi pernah berkata: Dosa itu meresahkan."

"Allah mendidik manusia agar berfikir dan merasa, ingatlah PEMBERI NIKMAT, jangan hanya terpesona dengan nikmat"

Gundah Saidina Umar: "Siang aku tidak dapat tidur kerana bimbang urusanku dengan rakyat. Malam aku juga tidak dapat tidur kerana bimbang urusanku dengan Allah tidak selesai". Allahuakbar, muhasabah diri sebentar. Umar yang dijanjikan syurga berfikir sedemikian, aku hamba Allah yang penuh dosa ini bagaimana.

Bila terjadi sesuatu yang menyakitkan, menyempitkan hati. Katakanlah: "Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi. Aku hamba Allah. DIA tak akan kecewakan aku"

"Setiap manusia tidak dibiarkan oleh Allah begitu sahaja tanpa kelebihan masing-masing. Tuhan menciptakan manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza."

"Cara mati ditentukan oleh cara hidup kita. Kalau kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup, insya Allah semasa hampir kematian, Allah jugalah yang akan sentiasa di hati dan di bibir kita"

"Hiduplah dalam lingkungan hari ini. Ramai orang yang khuatir, bukannya berfikir tentang masa depannya. Banyak beza antara berfikir dan khuatir. Sesiapa yang khuatir tentang hari esok akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini. Sebaliknya, sesiapa yang berfikir tentang masa depannya akan memanfaatkan peluang pada hari ini"

p/s: Buku ini sangatlah best. Kata-kata hati yang dapat menyentuh hati, membina diri dengan sikap positif dan membawa diri untuk muhasabah tentang hubungan kita dengan Allah dan makhluk. 

p/s: Selamat hari lahir buat roomate first sem dulu, Nurul Nadia Zamimi atau lebih glamour dengan nama Yaya. Dan juga buat kembarnya, Wawa. Moga peningkatan umur ini seiring dengan peningkatan amal. Moga panjang umur dalam taufiq Allah kerana HAKIKAT UMUR di sisi Allah dikira berdasarkan 'amal soleh dan ihsan kita pada makhluk. Mungkin umur kita tahun ini dah masuk 20, tapi berapa agaknya hakikat umur kita di sisi Allah. Adakah 20 tahun juga atau hanya 10 tahun?? Muhasabah bersama.. 

Wednesday, 11 May 2011

indahnya hidup bertalaqi.

Alhamdulillah. Semalam sempat bersama-sama duduk dalam majlis ilmu talaqi buat kali terakhir di UIA PJ sebelum kami say tata to PJ. Jazakallah khairan jaza’ buat murabbi al fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll yang telah banyak membantu dan membimbing kami mengenal bidayatul hidayah (permulaan hidayah).

Insya Allah, saya cuba berkongsi serba sedikit ilmu yang dapat semalam. Moga ia dapat menjadi pengubat rindu pada sahabat-sahabat lain yang dah lama tinggalkan UIA PJ untuk mendengar kalam tasyji’ dari al fadhil Ustaz Muhadir. Dan juga usaha kecil untuk mengajak adik-adik junor supaya istiqomah dengan talaqqi ini. Indahnya hidup bertalaqi kerana inilah peluang untuk kita melihat wajah guru kita, mendapatkan ilmu akhirat setelah seminggu kita bergelumang dengan buku dan assignments, serta inilah masa kita dapat berjumpa dengan ramai sahabat. Berukhuwwah atas dasar aqidah. Ukhuwwah yang bakal menaungi kita di padang mahsyar kelak, bukanlah ukhuwwah retorik semata.

Semalam, ustaz memulakan majlis dengan membaca hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w beribu tahun dahulu iaitu Islam datang dalam keadaan dagang (asing) dan berakhir dengan dagang (asing). Maka beruntunglah orang yang dagang (asing). Di sini, ustaz mengingtkan semua ahli pengajian agar istiqomah dengan cara hidup Islam sebenar walaupun hari ini terlalu sedikit golongan seperti ini. Buktinya, kita pasti kelihatan janggal kerana berbaju kurung bertudung labuh (bagi perempuan) dan berkopiah (bagi lelaki) bila berada di shopping complex. Kita pasti dipandang pelik jika kita membuka Al Quran dan membacanya sewaktu menunggu bas atau ketika berada di kafe. Dunia hari ini dah terbalik. Kenapa ramai manusia yang tidak malu untuk tonjolkan identiti fasiq, tapi malu untuk menonjolkan identiti taqwa dan iman? Jangan lupa akan janji Allah.  Jika hari ini orang yang fasiq ini sering memandang pelik dan mentertawakan orang beriman (yang menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai pedoman hidupnya dan orang yang berpakaian dengan pakaian sunnah), akan datang suatu hati nanti, mereka inilah pula yang akan mentertawakan orang fasiq sebagaimana janji Allah dlm surah Al-Mutoffifin: 29-34: “Sesungguhnya, orang yang derhaka, mereka selalu mentertawakan orang beriman. Dan apabila orang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan mencemuhnya…… Maka pada hari ini, orang beriman pula mentertawakan orang (derhaka) itu

Ustaz juga ada mengingatkan ahli pengajian agar berhati-hati menjaga diri dari berbuat maksiat. Ustaz memetik kata-kata dari Habib Ali ibn Jaafar bahawa karomah bukanlah milik mutlak waliyullah sahaja kerana kita sebagai orang biasa ini juga mampu memiliki karomah. Tanda karomah ialah apabila kita dapat memastikan sepanjang hari itu kita taat pada perintah Allah dan tidak berbuat maksiat pada Allah. Agak-agak mampu tak kita untuk mencapai tahap itu, menjaga seluruh anggota badan kita daripada derhaka kepada Allah sepanjang hari? Kita jaga dahulu yang zahir, insya Allah, Allah akan jaga yang batin. Maksudnya, jaga dulu anggota zahir kita seperti tangan, kaki, mulut, telinga, dan mata. Insya Allah, moga-moga Allah kurniakan kita hati yang bersih daripada sifat yang membinasakan iaitu ujub, riya’ dan hasad. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Tiada ibu yang akan bagi makanan yang telah bercampur dengan sedikit najis pada anaknya kerana kasihnya seorang ibu pada sang anak. Namun, kita hendaklah ingat bahawa kasih sayang Allah mengatasi segalanya ia melebihi dari kasih sayang seorang ibu pada anak. Buktinya, kita tetap mendapat nikmat makan dan minum, nikmat udara dan banyak lagi nikmat lain meskipun kita sering menunda solat di akhir waktu. Allahurabbi..

Ustaz juga menasihati kami agar sentiasa mujahadah dalam menjaga hati ini agar hati kita sentiasa dipagari dengan iman dan taqwa. Imam Haddad pernah memberi perumpamaan bagaimana cara untuk mendapatkan hati yang bersih dan disuluhi dengan nur Allah. Beliau mengatakan bahawa: “Jika kamu mendatangi penjual madu dengan bekas yang kotor, pasti penjual itu meminta kamu pulang untuk bersihkan dulu bekas yang kotor itu agar ia dapat diisi dengan madu nanti. Sama seperti hati kita. Bersihkan dulu hati daripada sifat mazmumah, pasti Allah letakkan ilmu dan kurniakan cahaya pada hatinya”. Apa yang penting, doronglah hati dan didiklah hati dengan zikir, mujahadah, ilmu tasawuf, dan dapatkan bimbingan dari guru yang mursyid. Keempat-empat perkara ini yang akan menjadi antivirus hati yang akan menghalang hati daripada dicemari dengan virus dunia dan maksiat pada Allah. Jadi, jangan lupa untuk update antivirus setiap hari. Jika laptop dijangkiti virus, pasti gelisah dan tenteram. Namun, jika hati kita dijangkiti virus maksiat, apa tindakan kita? Tepuk dada, tanya iman.

Ustaz juga menerangkan pada kami kepentingan untuk belajar ilmu feqah dan ilmu tasawuf (tazkiyatun nafs iaitu ilmu pembersihan hati untu lebih dekat dengan Allah) sekaligus. Imam Malik pernah berkata bahawa "Siapa yang bertasawuf tanpa memahami feqah, sesungguhnya dia kafir zindi. Siapa yang mempunyai feqah tanpa bertasawuf sesungguhnya dia fasiq. Siapa yang menghimpunkan keduanya (tasawuf dan feqah) nescaya dia tahkik".
Di akhir kalam, ustaz mengingatkan semua ahli pengajian agar ikhlas, beramal dengan ilmu yang dipelajari dan istiqomah dengan amalan tersebut. Kalau kita nak dapatkan segulung ijzazah, kita kenalah belajar sungguh-sungguh untuk mencapai impian itu. Benda yang berharga ini bukanlah mudah seperti yang disangka. Ia memerlukan banyak pengorbanan dan mujahadah serta penuh dengan pelbagai rintangan yang menguji kekentalan hati. Sama seperti syurga. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis. Kita dihidang dengan pelbagai keseronokan dunia. Jika tak didasari iman dan taqwa, pasti diri kita hancur binasa dalam fitnah dunai hari ini yang amat mencabar.  Pesan ustaz buat kali terakhir ialah sucikan hati dan cintakan Nabi dan ahlul bait.
........................................................

Akhirul kalam, terima kasih buat semua sahabat yang telah bertungkus lumus berusaha untuk memastikan kelangsungan talaqi di UIA PJ. Jazakumullah khairan jaza'. Dan juga buat semua sahabat yang sentiasa istiqomah dengan majlis ilmu ni. Moga kita semua bakal berjumpa dan dinaungi di akhirat kelak bersama orang yang kita cintai iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Pesanan juga buat diri dan sahabat yang hidup dalam suasana yang penuh mencabar, carilah majlis ilmu untuk lembutkan hati dan menambahkan lagi rasa cinta kita pada ilmu. Redha Allah kita cari, murka Allah kita jauhi. 


Sunday, 10 April 2011

Al Falah: mulakan hari dengan tahajjud (^_^)

Alhamdulillah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. 


Sudah seminggu kembali di UIA setelah sebulan bercuti. Cuti yang penuh dengan suka dan duka. Suka kerana dapat bersama keluarga tercinta, suka kerana dapat solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, suka kerana dapat jejakkan kaki dan ziarah 2 tanah haram yang mulia ini. Tapi, sunnatullah telah menetapkan; hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah, kesenangan dan kesempitan pasti datang bersilih ganti. Ujian Allah datang apabila seminggu selepas umrah, saya menderita sakit gigi. Sakit yang menarik sekejap nikmat makan, nikmat beribadah dan nikmat bercakap. Kadang mengeluh kesakitan, tapi bila teringat kata-kata Dr 'Aidh Al Qarni: "Setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Peranan kita adalah perlu bersabar dan mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. Janganlah sedih dan lemah. Sesungguhnya, Allah itu Maha Penyayang. Pasti Dia mahukan sesuatu yang terbaik buat hambaNya". Benar. Sakit itu membawa diri berfikir sejenak, bagaimana agaknya sakit ketika sakaratul maut. Ujian sakit ini seolah-olah mengingatkan hari bertemuNya semakin hampir. Allahumma hawwin 'alaina fi sakaratul maut. Mungkin juga sakit ini sebagai jawapan istikharah. Sakit gigi kerana akan menjadi doktor gigi. Wallahua'lam. Takut sebenarnya untuk menempuh masa depan sebagai seorang pelajar 'dentistry' di 'main campus' nanti: cuti hanya 2 hari sahaja, takut guna sistem blok, takut kalau kena repeat... Allahuakbar. Be strong Najah! Hidup perlu diteruskan. Be optimist, don't be pessimist. "Ya Allah, jika kos dentistry ini baik bagiku pada agama, dunia dan akhirat, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia. Tapi, jika kos dentistry ini mendatangkan keburukan bagiku pada agama, dunia dan akhirat, maka jauhkanlah ia daripadaku dan takdirkanlah untukku kebaikan di mana-mana sahaja".Inilah doa yang dibaca berulang kali di depan Kaabah. Semoga ini yang terbaik buatku. Allahumma amin. 
..........................................................................................................................................................

Syeikh Fahmi hafizohullah di Masjid Al Falah, USJ 9

Alhamdulillah, hari ini Allah telah mengizinkan al faqir untuk berada di dalam majlis ilmu yang mengingatkan diri pada Allah Ta'ala. Majlis talaqi bersama Syeikhuna Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki yang membicarakan tentang Kitab Sairus Salikin yang dikarang oleh Imam Ghazali r.a. Tajuk yang dibincangkan ialah mengenai wirid di waktu tengah malam.


Nabi menyampaikan pada umatnya akan janji Allah yang sangat istimewa, sebuah bonus pada manusia yang bangun di tengah malam: "Akan turun rahmat Allah pada tiap-tiap malam pada langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang akhir, maka Allah berfirman:

  • Barangsiapa berdoa padaKu, nescaya Aku perkenankan doanya
  • Barangsiapa mohon akan Daku, nescaya Aku perkenankan segala hajatnya
  • Barangsiapa memohon ampun akan Daku, nescaya Aku ampuni segala dosanya"
Syeikh Fahmi ada mengajarkan kami cara untuk mengatur masa dalam kehidupan seharian sebagaimana yang telah ditulis oleh Imam Ghazali r.a dalam kitabnya itu. Penjelasan ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang teliti. Cara pengurusan masa ini dibahagikan pada beberapa bahagian khusus buat 'abid (ahli ibadah), 'alim (pendidik), muta'allim (penuntut ilmu), orang bekerja, wali (pemimpin yang memegang amanah) dan 'arif billah. Tapi, saya hanya ingin fokus pada cara pengurusan masa dari konteks muta'allim iaitu penuntut ilmu:

- waktu akhir sepertiga malam hingga terbit matahari: membaca wirid (qiamullail)
- subuh hingga waktu Dhuha: berfikir tentang alam ciptaan Allah
- waktu Dhuha hingga waktu Asar: mutola'ah (menuntut ilmu)
- waktu senja hingga waktu malam: zikir lisan dan hadirkan hati mengingati Allah 

Jadi, kesimpulannya Imam Ghazali mengajar umat Islam bahawa pastikan masa kehidupan seharian kita terisi dengan perkara bermanfaat, sama ada dengan hal dunia atau hal akhirat. Sesungguhnya, 3 syarat telah digariskan untuk menjadikan hal dunia menjadi 'amal akhirat:
  1. niat yang betul dan ikhlas
  2. tidak bertentangan dengan hukum agama
  3. apabila bertembung antara amal dunia dan amal akhirat, utamakan amal akhirat. 
(Syarat 1 dan 2 di atas merupakan syarat wajib manakala syarat 3 adalah syarat kesempurnaan). Jika dilihat realiti hari ini, ramai yang masih melengahkan seruan azan bila bertembung dengan kepentingan peribadi. Semakin azan dilaungkan, diri semakin malas untuk segera menyahut seruan ilahi; masih leka di depan laptop, setia dengan tugasan assignment, sibuk bersembang dengan teman-teman dan masih bermalas-malasan di atas katil. Teguran buat diri sendiri sebenarnya. Allahummaghfirli. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya". Suatu rahmat yang amat besar bagi seseorang yang berada di padang Mahsyar ketika manusia sibuk menghadapi nasib masing-masing, tiba-tiba Allah menjemputnya dengan lemah lembut dan kasih sayang. Inilah nikmat yang tidak terhingga sebagai ganjaran bagi orang yang segera menyahut seruan azan semasa hidupnya di dunia dahulu. Allahummaj'alna minhum

Juga diceritakan bahawa Imam Syafi'e telah membahagikan waktu malamnya pada 3 iaitu:
  • satu pertiga untuk mutola'ah kitab (ilmu)
  • satu pertiga kemudian untuk solat ('ibadah)
  • satu pertiga akhir malam untuk tidur (berehat)
Persoalannya, waktu malam kita bagaimana??  Adakah sepenuhnya digunakan untuk tidur, malah Subuh pun sering terlajak? Muhasabah bersama.. 
........................................................................................................
Qiamullail. Amalan yang amat memerlukan mujahadah tinggi dan kesabaran jitu. Sukar untuk istiqomah, tapi manis bila dapat beramal dengannya. Ingat sabda Nabi: "Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis". Memang tidak dinafikan sukar untuk istiqomah, tapi alah bisa tegal biasa. Rebutlah peluang ini sebaiknya demi manfaat di akhirat sana.

Jujur dengan diri sewaktu muhasabah. Berapa kali seminggu kita bangun qiamullail memohon keampunan atas dosa yang telah kita lakukan. Kenapa kita sanggup tidak tidur bersengkang mata untuk 'study' kerana exam, tapi tidak sanggup untuk bangun sekejap di tengah malam untuk tahajjud 2 rakaat. Kenapa kita sanggup tidur lewat pagi kerana syok menonton 'movie', tapi tidak sanggup untuk luangkan sekejap masa membaca dan mentadabbur Al Quran. Teringat pada kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam buku 'Khusyuk dalam Solat'; tiap kali kita menyebut ayat ke-5 dari surah Al Fatihah ( إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ), ia bererti kita telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah Ta'ala, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu dan penyembah dunia semata. Sesungguhnya, tujuan hidup manusia diciptakan bukanlah untuk akademik, harta dan hiburan semata. Tapi, ada misi utama yang telah Allah tetapkan iaitu
  1. sebagai 'Ibadullah (beribadah pada Allah) -Az Zariyat:56
  2. sebagai khalifah Allah di dunia (berbuat ihsan pada manusia lain, lakukan amar ma'ruf nahi mungkar, makmurkan bumi dengan Islam)  -Al-Baqarah:3, Al An'am:165
  3. untuk tunaikan amanah (amanah sebagai hamba Allah, penghafaz al quran, anak, ibu, bapa, pelajar, sahabat, da'ii dll) -Al Ahzab:72

Sejauh mana misi ini telah kita buktikan dengan amal kita? Ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah, langsung tidak memberi manfaat pada diri sendiri apatah lagi pada orang lain. Jadi, ayuh kita mulakan langkah baru menuju husnul khatimah. Tinggalkan segala kemungkaran dan istiqomah lakukan ketaatan padaNya. Pesan Nabi: "Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak" yang bermaksud (jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa di sisimu). Bagaimana cara menjaga Allah? Jagalah diri kita dari melakukan kemaksiatan. Bila diri terasa ingin berbuat dosa, segeralah istighfar, baca a'uzubillah, ayat kursi, 3 qul, ambil wudhu' dan dekatkan diri pada Allah.


Wallahua'alam. Jangan lupa berwudhu' sebelum tidur dan pasang niat untuk bangun qiamullail esok pagi. JOM MULAKAN HARI DENGAN TAHAJJUD. Pasti hidup kita lebih bermakna dan diberkati.


"Sesungguhnya, jiwa orang yg terbentuk di tengah mlm itu lebih mantap keperibadiannya dan lebih jitu kata-katanya" (Al Muzammil: 6)