Showing posts with label short story. Show all posts
Showing posts with label short story. Show all posts

Saturday, 21 May 2011

cinta sampai ke syurga

11 Mac 2011

Ya Allah,
damaikan hati yang gundah ini,
sungguh, aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik,
Kau Maha Tahu akan isi hatiku,
Sampaikanlah rasa cinta ini pada dirinya,
Aku takut apakah cinta ini akan diterima,
Kerna aku hanya orang biasa

Sungguh terkejut apabila secara tidak sengaja, aku terbaca diari milik sahabat baikku, Damia sewaktu mengemas mejanya semalam. “Isy, biar betul Damia ni jatuh cinta. Siapakah lelaki itu?”, gumam hatiku sendirian. Setakat aku kenal, Damia seorang muslimah yang sangat menjaga dirinya daripada terjebak dengan dengan gejala cinta remaja. Malah, dia sering menasihatiku agar menjaga rasa fitrah ini supaya tidak menjadi fitnah. Aku masih ingat lagi akan pesannya:“Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik. Dalam bulan Islam sendiri ada waktu mustajab doa yang dapat mengubah takdir hidup kita, contohnya waktu lailatul qadar, malam nisfu sya'ban dan waktu2 mustajab doa yang lain. Percayalah pada qada' qadar Allah. Dia yang telah menciptakan kita dan Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Ramai yang sibuk mencari cinta untuk baitul muslim, tapi tahap pertama iaitu fardul muslim pun masih belum sempurna lagi. Kalau tapak tak kukuh, bagaimana agaknya binaan itu akan teguh?. Jika solat pun sering sahaja kita lengahkan, solat subuh selalu lewat, rasa malas nak buat sesuatu kerja, sikap ammarah pun belum mampu kita kawal, bagaimana agaknya kita nak fikir tentang tahap kedua matlamat umum tarbiyyah (baitul muslim) itu?.”

 Nasihatnya lagi: Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Contohnya, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah". Pesanan itulah yang menjadi motivasi bagiku agar tidak terlibat dengan ujian cinta remaja ini. Tapi, kenapa pula dia boleh terlibat dalam kes begini. Patutlah, Damia sering bersendirian sejak akhir-akhir ini. “Mungkin dia ingin mencari kekuatan untuk menghadapi masalah hati ini. Ya Allah, peganglah hatinya agar dia tidak lari jauh dariMu. Dia seorang sahabat yang baik. Kasihanilah dia Ya Allah”, doaku pada Allah setulus hati. Benar, Damia seorang sahabat yang sangat baik dan aku terhutang budi padanya kerana dialah insan yang berjaya mengubah hidupku. Teringat kembali peristiwa 2 tahun lepas……….

Dulu, aku seorang gadis yang bebas dan tidak terlalu mementingkan Islam. Aku bertudung, tapi tidak memenuhi syariat yang ditetapkan, banyak pakaianku yang nipis dan ketat. Aku lebih suka mengikut fesyen terkini berbanding baju kurung, malah sering memandang orang yang berpakaian begitu ketinggalan zaman. Namun, segala-galanya berubah kerana satu insiden yang langsung tidak kuduga. Suatu petang, pintu bilikku rosak dan terkunci dari dalam. Oleh sebab kesempitan waktu dan kuliahku akan bermula 15 minit lagi, aku hanya bercadang untuk meminjam tudung dengan sahabat di depan bilik sahaja. Masya Allah, rupanya kedua-dua orang dalam bilik itu hanya mempunya tudung labuh kerana mereka berdua berasal dari maahad tahfiz. Jadi, dengan berat hatinya, aku memakai tudung labuh itu secara terpaksa. Kemudian, aku terus bergegas ke kuliah walaupun dalam keadaan malu kerana terpaksa berpakaian dengan imej yang kuanggap kolot ini. 

Tanpa disedari tiba-tiba, datang sebuah Avanza meluncur laju dari arah hadapan. Aku panik tanpa sempat berbuat apa-apa. Allahuakbar! Nama Allah jua yang terkeluar dari mulut meskipun selama ini aku sering melupakan Allah, sering melengahkan seruan azan memanggil untuk beribadah padaNya. Teringat kembali akan dosa-dosaku selama ini, apakah ajal hidupku makin hampir. Kemudian, aku dapat merasakan tubuhku melayang ke belakang dan dunia tersaa gelap. 

Rupa-rupanya, seseorang telah datang menarik aku ke tepi jalan untuk menyelamatkan aku daripada dirempuh. Alhamdulillah, nyawaku masih panjang dan aku terselamat daripada kemalangan itu. Apa yang menarik perhatianku adalah kata-kata sahabat yang menyelamatkanku itu: “Syukurlah. Nasib baik kamu pakai tudung labuh kali ini,kalau tudung singkat, tentu kami tak sempat capai tadi”, ujarnya dengan nada cemas. Zupp.. Kata-kata itu cukup menyentap hati. Langsung tak kusangka tudung labuh yang sering kupandang kolot ini telah menyelamatkan nyawaku pada hari itu. Terasa seolah-olah air sejuk yang dingin mengalir tenang dalam diri. Aku menangis di pangkuan perempuan itu, tapi bukan lagi tangisan seperti sewaktu putus cinta dulu, tapi tangisan kerana menginsafi dosa-dosa lalu, menangis tanda syukur kerana Allah masih menyelamatkan nyawa hambaNya yang terlalu banyak dosa. Ya, hidayah Allah boleh datang bila-bila masa sahaja. Bermula dari itu, aku berubah daripada seorang gadis bebas ke arah muslimah yang mengamalkan gaya hidup Islam. Semua ini berkat daripada kata-kata ikhlas seorang sahabat yang telah menyelamatkanku dulu dan dialah, Damia.

Arin, jauhnya termenung sampaikan saya balik pun tak sedar,” tersentak aku bila ditegur oleh Damia yang baru pulang daru kuliah. Lamanya aku termenung. Ingatanku kembali pada diari Damia, nukilan cintanya itu. Ingin sahaja aku bertanya siapakah pemuda itu, tapi niatku itu hanya disuarakan dalam hati kerana menghormati hak privasi dirinya. "Setiap manusia akan diuji", getusku dalam hati.
............................................................................

Keesokan harinya, kami bercadang untuk belajar di perpustakaan kerana peperiksaan tinggal tiga hari lagi. Dalam perjalanan ke sana, kami terserempak dengan sekumpulan anak monyet yang bermain di tepi longkang. Kawasan kampus kami memang menjadi kawasan monyet berkeliaran kerana kedudukannya di tepi hutan. Tiba-tiba, datang seekor anak monyet datang meluru ke arahku, mungkin kerana bajuku berwarna merah yang telah menarik minatnya. Damia cuba membantuku dengan menarik perhatian anak monyet itu ke arah lain. Malangnya, anak monyet itu terus menerkan Damia. Aku panik dan menjerit meminta tolong. Nasib kami amat baik kerana ada seorang pemuda yang melihat kejadian itu dan berjaya menghalau anak monyet itu. “Damia, awak okey?” tanya lelaki itu. Damia hanya mengangguk sambil membetulkan bajunya. “Terima kasih, Fahim. Nasib baik awak datang cepat. Kalau tak, habislah kami dikerjakan oleh anak monyet nakal itu.”ujar Damia sambil tersenyum. “Sama-sama. Memang tanggungjawab setiap muslim untuk membantu saudaranya yang dalam kesusahan. Tu lah, awak ni cantik sangat sampaikan anak monyet pun boleh minat”, ujar lelaki itu dengan nada bergurau. “Ya lah tu, Oh, lupa nak kenalkan, ini sahabat baik saya, Arin”, Damia memperkenalkan aku pada lelaki itu. Aku hanya tersenyum sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Rupanya, dia adalah pelajar senior tiga tahun lebih tua daripada kami dan belajar dalam kuliah farmasi. Aku jadi pelik melihatkan kemesraan mereka berbual, sedangkan Damia yang aku kenal adalah seorang yang pemalu dengan lelaki ajnabi. “Apakah pemuda ini yang berjaya mencuri hati Damia?” soalku dalam hati. Setelah mengucapkan terima kasih, Damia meminta izin untuk beredar. Kemudian, kami meneruskan niat kami untuk pergi mengulang kaji di perpustakaan. 

Aku mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang kandungan dalam diarinya itu, cinta siapakah yang dia sedang harapkan. Damia hanya tersenyum dan tidak menjawab persoalanku, sebaliknya dia berjanji akan memberitahu siapakah si dia setelah aku berjaya menjawab teka tekinya: “Kenapa siput babi berjalan lambat?”. Pening kepalaku memikirkan jawapan teka teki tersebut. “Kan siput babi tak ada kaki, tentu dia susah nak berjalan”, jawabku dengan penuh yakin. “Salah. Cuba lagi. Kalau dapat jawab, baru saya akan beritahu awak tentang rahsia ini”, jawab Mia samba tersenyum memandangku. “Erm, mungkin sebab cengkerang di belakang tu berat hinggakan dia jalan lambat”, tekaku lagi. Mia menggeleng kepala menandakan jawapanku salah lagi. “Alah, mana adil. Teka teki Mia selalunya pelik”, jawabku tanda tak puas hati. “Nampak sangat mengaku kalah. Kalau begitu, Arin kalah. Saya pun takkan beritahu rahsia itu hingga tiba masanya nanti”, ujar Damia lagi. Aku makin keliru dengan kenyataan Damia sebentar tadi, tapi aku menghormati hak peribadinya.

Ok, saya mengaku kalah. Habis, apa jawapannya?” soalku tidak sabar untuk mengetahui jawapannya. “Sebenarnya, siput babi tu berjalan lambat sebab dia ada masalah keliru identiti. Dia jalan lambat sebab sambil berjalan, dia sedang berfikir: aku ini siput atau aku ini babi?”jawab Damia dengan muka selamba. Aku hanya ketawa mendengarkan jawapan itu. Damia memang seorang yang suka bergurau dan kreatif dengan teka teki nakal yang tak masuk akal. Sikapnya yang peramah menyebabkan dia disukai dan disenangi ramai. Walaupun tampil dengan imej bertudung labuh, dia tetap mesra dengan semua orang dan tidak pernah berasa malu dengan imejnya itu walaupun sering dipandang ekstrem atau kolot oleh sesetengah orang. Aku kagum dengan prinsipnya iaitu kenapa kita perlu berasa malu dan rendah diri kerana berpakaian mengikut syari’at Islam? Kenapa perlu rasa malu untuk berpakaian dengan pakaian seperti ummahatul mukminin?

Sepanjang hujung minggu itu, kami manfaatkan masa sebaiknya untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir sem tak lama lagi. Walau bagaimanapun, kami tak lupa untuk solat berjema’ah, baca Al Ma’thurat dan qiamullail bersama-sama. Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan teman sebilik yang sentiasa bersama dalam senang mahupun susah dan sentiasa mengingatkan aku tentang akhirat. Merekalah sahabat dunia akhirat: Damia, Husna dan Anis.

Masa yang dinantikan telah tiba. Kami akan bercuti selama sebulan setelah 4 bulan bertungkus lumus menuntut ilmu di bumi kampus ini. Setelah keluar dari dewan peperiksaan, kami berempat menuju ke kafe berdekatan untuk mengisi perut yang berkeroncong sejak pagi tadi. Sewaktu makan, Damia menjemput kami ke rumahnya pada hari Khamis minggu depan kerana ada majlis katanya. “Majlis apa Mia?” soal Husna meminta kepastian. “Majlis doa selamat dan solat hajat. Insya Allah, 2 minggu lagi saya akan sempurnakan separuh daripada agama ni”. Tersedak aku apabila mendengarkan perkara itu, “Apakah sangkaanku selama ini benar? Mia nak kahwin ke?” persoalan demi persoalan muncul di fikiran. “Insya Allah, korang semua akan tahu nanti. Tak ‘surprise’lah kalau saya beritahu sekarang”, Damia hanya tersenyum sambil memandang kami bertiga. 
......................................................................
Seminggu kemudian, kami bertiga telah berpakat untuk pergi bersama ke rumah Mia yang terletak di Ipoh. Dalam perjalanan ke sana, aku menceritakan pada Husna dan Anis tentang nukilan cinta Damia dalam diarinya itu. Mereka terkejut mendengarkan hal itu dan menceritakan bahawa mereka juga pernah melihat Damia keluar ke bandar bersama keluarga Fahim, lelaki yang pernah menolong mereka dahulu. Kami makin tidak sabar untuk mengetahui kisah yang sebenar daripada mulut Damia sendiri. Apalah rahsia di sebalik semua ini.

Sesampainya di sana, ramai orang yang telah berkumpul di ruang tamu. Mia menyambut kami dengan senyuman yang lebar, senyum bakal pengantin katakan. Tiba-tiba, kami ternampak kelibat seorang lelaki yang agak ‘familiar’. “Anis, bukankah itu Fahim? Biar betul mereka berdua ni?”, soal Husna pada Anis. Kami benar-benar terkejut melihat Fahim dan keluarganya dalam majlis itu. Benarlah sangkaan kami selama ini, mereka berdua bakal bersatu. 


Mia, sampai hati tak beritahu kami. Dengan kawan sebilik pun nak berahsia. Tak awal sangat ke?”, tanyaku pada Mia. “Nak buat macam mana, dah sampai seru. Rezeki Allah tak boleh ditolak. Insya Allah, nanti kalian pula yang akan menyusul. Saya doakan”, Damia menjawab dengan senyum yang penuh makna. “Allahumma amin. Apa pun, tahniahlah Damia. Tak sangka langsung bahawa Fahim yang berjaya curi hati Mia”, aku menepuk belakang Mia sebagai tanda sokongan seorang sahabat. Tapi, aku terkejut dengan reaksi Damia. Dia ketawa terbahak-bahak lalu memanggil Fahim yang sedang mengangkat gelas ke ruang tamu. Pelik dan hairan. Apa yang sangat melucukan sehinggakan Fahim pun turut ketawa setelah Damia memberitahunya perihal kata-kataku sebentar tadi. 

Oh, kiranya kamu semua ini ingatkan saya dan Mia bakal bertunang ke?” soal Fahim sambil menahan tawanya. Kami pelik seraya mengangguk. “Apa sebenarnya perkara yang melucukan hati mereka?”, masing-masing mengerutkan dahi kehairanan. Kami bertiga diam tanpa suara. Suasana menjadi sunyi seketika, lalu Damia pun bersuara, “Anis, Arin, Husna. Saya minta maaf. Langsung tak ada niat nak bohongi kalian. Saja terdetik idea nakal untuk kenakan kalian semua. Jangan salah sangka, memang saya nak sempurnakan agama ni kerana 2 minggu lagi, saya akan berangkat untuk menunaikan umrah. Bukankah umrah itu salah satu kewajipan bagi tiap muslim sekali seumur hidupnya?”. Masya Allah, patutlah mereka tak berhenti ketawa, rupanya kami dah tersalah sangka. “Tapi, apa kaitannya dengan Fahim? Kenapa Fahim boleh berada di sini? Baik sangat Fahim dengan keluarga Damia, macam ada apa-apa je”, soal Husna meminta penjelasan. “Sebenarnya Mia ni anak sepupu saya. Sebab itulah kami rapat. Kamu semua ni kelakar lah, lain kali jangan cepat sangat serkap jarang. Tanya tuan punya badan dulu”, nasihat Fahim pada kami bertiga. Kami hanya tersenyum malu, tanda mengaku salah. 

Habis tu, nukilan cinta jiwang yang awak tulis dalam diari itu untuk siapa?”, soalku pada Mia kerana teringatkan diarinya itu. Mia hanya tersenyum sambil berkata, “Sebenarnya itu adalah sajak yang saya tulis sebagai tanda cinta seorang umat untuk Rasulullah, cinta sampai ke syurga. Nukilan itu saja ditulis kerana saya dah tak sabar untuk jejakkan kaki di Masjid Nabawi dan menjadi tetamu Rasulullah nanti”, terang Damia panjang lebar. Allahuakbar. Kami benar-benar berasa malu pada malam itu. Mati-mati kami ingatkan Damia akan bertunang, semuanya bermula gara-gara nukilan cinta dalam diarinya. Tambahan pula, Damia ini sengaja hendak kenakan kami. "Pandai Mia kelentong kitorang. Dah sampai seru la, nak sempurnakan separuh dari agama la. ehmm, macam-macam", giliran kami bertiga pula berleter pada Si Mia. Lucu bila teringatkan kisah ni. Ingatkan jatuh cinta pada sang teruna mana, rupanya jatuh cinta pada Rasulullah insan mulia. Cinta seorang umat sampai ke syurga, moga beroleh syafaat di akhirat sana.

CINTA SAMPAI KE SYURGA
11 Mac 2011

Ya Allah,
damaikan hati yang gundah ini,
sungguh, aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik,
Kau Maha Tahu akan isi hatiku,
Sampaikanlah rasa cinta ini pada dirinya,
Aku takut apakah cinta ini akan diterima,
Kerna aku hanya orang biasa…

Ya Allah,
hidupkan hatiku dengan kehidupan hati kekasihMu,
hidupkan rohku dengan kehidupan roh kekasihMu,
hidupkan akalku dengan kehidupan akal kekasihMu,
hidupkan keperibadianku dengan keperibadian kekasihMu,
hidupkan jasadku dengan adab, sunnah dan hukum hakam kekasihMu,
hidupkan seluruh kehidupanku dengan kehidupan seluruh diri kekasihMu

Ya Allah,
aku akan menziarahi masjid tempat kekasihMu bersemadi,
datang kerana rindu dan cinta pada kekasihMu,
datang kerana ingin beribadah di masjid mulia itu,
terimalah aku sebagai tetamu bumi barokah itu,
sampaikan rasa cinta ini pada kekasihMu Ya Allah,
moga cinta ini mampu membawaku ke syurga..

p/s: Selamat mengerjakan umrah buat sahabat tersayang, Nur Hanani bt Ahmad Puaad. Moga mendapat umrah yang mabrurah. Doakan najah dan sahabat2 dapat jejakkan kaki lagi ke sana dan solat di masjid Nabawi dan Masjidil Haram lagi. Missing them so much. 

p/s: Nama dalam cerita ni khusus wak masuk nama sepupu tersayang (Anis, Arin, Damia dan Husna). Moga menjadi anak solehah, penyejuk di mata, penawar di hati. Nama sepupu sebelah ummi tak sempat nak buat sebab terlalu ramai. Kalau nak buat, kena buat cerita novel la. (^_^)

Saturday, 16 April 2011

kerana mata (^_^)

"Nini, jom keluar outing petang ni. boring la dalam bilik je."
"No hal, tapi ke mana??? aku tak nak ke Jalan Masjid India, ramai orang. Macam duk kat negara bangla je..."
"Tak la, jom gi mid, dengar kata kat sana ada PC fair. Aku nak beli Karspersky ni. Tak boleh hidup la tanpa laptop."
"Aik, kenapa pulak? Bukankah laptop kau okey je aku tengok. Baru je semalam aku copy cerita Twilight kan.."
"Okay tu memang la. tapi laptop tu tak ada antivirus. Takut jugak rosak, terkena virus. Zaman sekarang ni, macam2 virus ada. Rasa tak selamat je.."
"Ok, ok.. petang ni kita keluar lepas zohor. Meet you then..."
"Bye..."

Petang itu, kami keluar sekali, rupanya ramai lagi member yang bercadang ke Mid Valley. Dalam Rapid KL tu, aku terus mencari tempat duduk kosong supaya tak jenuh berdiri nanti. Sewaktu bas berhenti di depan PPUM, aku terlihat seorang pak cik yang buta kedua-dua belah matanya terkapai- kapai mencari tempat kosong untuk berdiri. Nasib baik ada seorang pemuda yang baik hati, memimpin tangan pak cik yang buta itu ke tempat duduknya dan tempat duduknya betul- betul bersebelahan denganku. Sesekali, aku cuba menipiskan telinga untuk mendengar perbualan antara pemuda tu dengan pak cik tadi. Apa yang menarik minatku adalah kata- kata pemuda itu tadi: "Beruntung pak cik, dapat jaga diri dari maksiat mata. Ramai yang melihat, tapi digunakan untuk sia-sia dan dan dapat dosa dengan mudah je". Aku terdiam, mencari maksud yang tersirat di sebalik kata- kata itu. Entah kenapa, hati terasa seperti tercucuk dengan jarum tajam, terasa berpeluh seluruh badan.. "Allahuakbar...." lafaz mulia itu terkeluar tiba-tiba tanpa diminta..

Di Mid Valley, aku melunaskan hajatku untuk membeli Karspersky dan seterusnya, kami singgah makan di restoran. Suasana yang sungguh sibuk dengan manusia. Kepalaku pening dengan pelbagai bau, sekejap bau perfume, sekejap bau Indians yang sememangnya aku tak suka. Tanpa sedar, aku terlanggar seorang mak cik sewaktu bersesak- sesak di pintu keluar. Mak cik yang besarnya 2 kali ganda daripadaku menengking aku di khalayak ramai, "Lain kali, pakai mata waktu jalan. Ada mata, tapi tak guna..". Terkebil- kebil aku bila dimarahi sebegitu rupa di tempat awam,teramat malu dengan orang yang memandang. Tanpa sempat meminta maaf, mak cik itu berjalan laju masuk ke Mid Valley. Nini hanya senyum memandangku dan berkata, "Mak cik, mak cik, cepat marah, cepat tua. Bukannya kita sengaja pun". Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya berfkir tentang 2 peristiwa yang berlaku hari itu, keduanya berkait dengan MATA.

Kami tiba di kampus dalam pukul 5 petang. Selepas makan di kafe, aku terus menghubungi teman rapatku untuk membantu install antivirus. Aku ni buta IT. Takut jadi seperti tikus membaiki labu. Dan akhirnya, laptopku kini telah selamat dari anasir luar (virus). "Lepas ni, bolehlah nak copy drama dan movie dengan nita, copy lagu dengan nia.wahh, bestnya.." gumamku sendiri. Tapi anganku dimatikan dengan bicara lembut Liya, " Semua orang takut kalau laptop tiada antivirus. katanya, takut virus masuk. Tapi hati kita pula bagaiamana. Adakah kita pasang antivirus?" Tanyaku, " antivirus hati ada jugak ke? macam mana?" .Pelik jugak, x pernah lagi dengar tentang hati pun ada antivirus. Jawab Lia, " Pernah terbaca dalam buku 3T ( Taubat, Tasbih, Tahajud) bahawa hati manusia ni seperti internet. Advance kan? Tiap masa, kita dapat mengakses dan menilai peristiwa yang berlaku di keliling kita. baik atau buruk, cantik atau hodoh.. Jadi, hati kita ni sentiasa bergelojak. Ibn Qayyim ada berkata: frekuensi gelombang hatu bagaikan gelojak air yang sedang mendidih. Tapi biasalah kita kan manusia biasa, terkadang iman naik, kadang iman turun. waktu iman turun tu la, pentingnya antivirus hati iaitu zikir, solat, baca quran , tahajud. Andai di fikiran waktu tu terlintas nak lakukan dosa, aktifkan antivirus tu: segera istighfar, baca a'uzubillah, baca 3 qul, ambil wudhu' dan jauhi sumber maksiat tu... biasanya kita selalu risau kalau tidak update antivirus, selalu scan dan buat disc clean up, takut laptop rosak. Tapi bagaiamana antivirus hati kita? selalu update tak?". Zupppp, kata- kata Liya menyentap jiwa yang sememangnya jarang dengan semua itu.

Malam itu, aku buka radio IKIM (91.5 fm untuk selangor), kebetulan waktu tu seoarang pemanggil meminta lagu Saksi dari kumpulan Rabbani feat Mawi.. sungguh, liriknya begitu tajam menusuk sanubariku, "Tangan berkata apa dilakunya, kaki bicara ke mana ia melangkah, mata bersuara apa pandangannya, telinga bercerita apa yang didengar".... tanpa kusedar, air mata mengalir laju membasahi pipi. Teringat perbualan pemuda dengan pak cik di atas bas tadi,"- Beruntung pak cik, dapat jaga diri dari maksiat mata. Ramai yang melihat, tapi digunakan untuk sia-sia dan dan dapat dosa dengan mudah je". Tiba- tiba, dadaku sebak, hati terasa aman menyesal. Astaghfirullah, mataku sering memandang dosa,mulutku selalu berkata dusta, telinga mendengar umpatan dan lagu yang lagha. Ya Allah, betapa jauh diriku dari Allah. I think that I lost something precious before. Terasa hati ini kosong. Lesu. Lemah... Ya, hidayah Allah boleh datang bila- bila sahaja, dan aku berjanji: 'Iffah kini takkan sama dengan 'Iffah dulu. AKU AKAN BERUBAH !!. Langkah pertama, aku menelefon ibu ayah di kampung memohon maaf dan memohon restu dari mereka kerana doa ibu ayah itu mustajab.. Sungguh, sebelum ini,aku seorang anak yang keras kepala dan malas. Hidupku sewaktu cuti sem hanyalah di depan laptop dan tv semata, jarang sekali membantu ibu di dapur. Pasti mereka sering berkecil hati denganku. Tapi, jarang sekali mereka memarahiku, mungkin mereka fikir aku ingin qada' semua ini setelah penat study sewaktu di kampus. Ya lah, 3 sem berturut- turut, aku berjaya mendapat Dean's List." Ya Allah, aku ingin berubah, bantulah hambaMU" doaku sendirian. Lantas, aku mengambil wudhu' dan membuka diari. Larut dalam rasa taubat, luahan hati tanda penyesalan atas dosa lalu.............


Ya Allah,
tika melihat pada diriku ini,
terasa malu untuk menghadapMU Ya Rabbi,
sering aku lewatkan seruan azan tuk menghadapMu Ya Rahman,
berapa lama masaku dengan al quran?
apakah amal istiqomah yang aku lakukan?
mengapa selalu malas ulang kaji pelajaran?
sering kulaku dosa di kala bersendirian,
nikmat pancaindera selalu kuabaikan,
untuk tujuan kemaksiatan,

Ya Allah,
berikan aku keampunan,
tunjukkan aku jalan kebenaran,
agar diri tidak sesat dengan hasutan syaitan..

Alhamdilillah,
kini aku kembali menujuMu,
aku berjanji pada diri,
untuk mencari antivirus hati,
agar hatiku kebal dengan taqwa dan iman,

                                                                            ~tamat (^_^)~

p/s: cerita ini  diadaptasi dari pengalaman kat bus stop di sentral market, sewaktu menunggu my brother untuk pergi ke Batu Pahat waktu sem lepas. Waktu tu, berbual dengan sepasang suami isteri yang buta di bus stop. Terdetik di hati, untung mereka, terjaga dari maksiat mata yang macam2 ada di luar sana: perempuan seksi x tutup aurat, pasangan yang belum halal aksinya mengalahkan pasangan halal, dan macam-macam lagi. Segala yang baik dari Allah, segala yang buruk dari kekurangan diri.
.....................................................................................................................


Moral of the story:

1) Janganlah terlalu lagha dengan movie atau pape je la. Hanya membuang masa, tambah leka dan tambah maksiat mata. Sedarlah, umat islam di Palestin tidak pernah punya masa bersenang lenang seperti kita. Jangan siakan laptop yang dibeli oleh ibu bapa tersayang untuk tujuan sia-sia. Gunalah sebaiknya untuk mendapat pahala.

2) Gunakan nikmat pancaindera yang Allah anugerahkan dengan sebaiknya. "Pada hari ini (hari kiamat), Kami tutup mulut mereka, tangan dan kaki mereka  akan memberikan kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan" Yaasin: ayat 65.

3) Jangan cepat marah. Jom kita tengok satu kisah yang terjadi pada zaman khalifah Makmun yang terkenal dengan institut terjemahan pertama dunia iaitu Baitul Hikmah. Institut itu aktif menterjemah karya dari Eropah seperti karya Plato dan Aristotle ke Bahasa Arab. Tetapi, golongan ulama' menentang khalifah Makmun. Pada suatu hari, beliau mendengar seorang khatib mengkritiknya sewaktu khutbah di masjid Basrah.Setelah selesai solat jumaat, beliau menemui khatib tersebut dan bertanya, "Apa pendapat tuan, siapakah yang lebih baik antara tuan khatib dan Nabi Musa?" "Sudah tentu Nabi Musa," jawab khatib itu. " Kamu benar. Sekarang, siapa yang lebih jahat antara saya dan Firaun menurut pendapat tuan?" Khatib itu terdiam sebentar, dan kemudian menjawab, "tentulah Firaun lebih jahat daripada Tuanku".. Lalu khalifah Makmun berkata, "Maaf Tuan. Seingat saya, Firaun itu amat jahat orangnya, malah mengaku dirinya sebagai Tuhan. Namun, Allah tetap memerintahkan Nabi Musa berbicara dengan kata-kata yang lemah- lembut kepada Firaun. tolong bacakan ayat quran yang menyebutkan arahan itu." Khatib itu dengan tergagap-gagap membaca ayat 44 dalam surah Taha, "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga ia beringat ataupun takut".. Kemudian, Khalifah Makmun berkata, "Sekarang, bolehkah saya meminta tuan menegur saya dengan bahasa yang lebih sopan? Ini memandangkan saya tidaklah sejahat Firaun dan tuan tidaklah sebaik nabi Musa... Haa, tengoklah berhikmahnya Khalifah Makmun ketika berdepan dengan suasana sebegini, jangan cepat melenting..

4) Selalulah update antivirus hati dengan zikrullah. Sesungguhnya terlalu banyak virus bahaya di luar sana, dengan isu IFF nya, macam2. pastikan ada amalan kita yang istiqomah walau sedikit. Contoh: wajibkan diri untuk membaca al-quran paling kurang 2 m/s dalam sehari, lazimi solat berjema'ah, baca ma'thurat, dan selawat pada Nabi di waktu lapang.

5) Carilah dan jadilah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita pada Allah dan mengingatkan kita pada mati. Sesungguhnya, ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat, ingat mati akan memadamkan rasa bertangguh untuk kerjakan ketaatan, ingat mati itu sesungguhnya menghidupkan hati.

6) Taatlah pada ibu ayah dan gembirakanlah hati mereka selagi mereka masih bersama kita. Jika hati terasa kosong atau rasa gelisah, telefonlah mereka bertanya khabar. Untuk abi dan ummi: Terima kasih kerana mendidikku dengan penuh kasih sayang dan didikan agama. Kak sayang umi abi kerana Allah.

7) Sentiasa muhasabah diri. sebelum tidur, fikirlah apa yang telah kita lakukan sepanjang hari ini, banyak mana ketaatan dan banyak mana pula dosa yang kita lakukan dan mohonlah kempunan Allah. Sering sahaja kita dengar orang mati sewaktu tidur. dan mungkinkah kita tergolong dalamnya di kemudian hari?? Sungguh, ajal boleh datang bila- bila masa sahaja

8) Jangan bertangguh untuk kerjakan ketaatan dan berubah. di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung. Jika bukan kita, siapa lagi, jika bukan sekarang, bila lagi, jika bukan di sini, di mana lagi