Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

Saturday, 31 March 2012

wishlist block 3

Every time you wake up in the morning, don't forget to praise Allah by praying du'a n think, "who is the person that i supposed to help today?" And the most important person that we must help is ourselves. Help ourselves to be a better person today, help ourselves to perform 'amal soleh today, and help ourselves to leave maksiat today. Surely, we'll be great person..

My wishlist for this block ---> be a better muslim student. 

Ruuhi: solat jema'ah
         : solat sunat
         : majlis ilmu
         : zikir wajib (yaasin pg, ma'thurat: dhuha+ asar)

Study: prime time study
         : fokus lecture, try to absorb as most as you can. 
         : Not procrastinate post reading n assignments
         : ask n discuss

Jasadi: exercise at least 2x/ week
           : jaga waktu makan, esp breakfast

Quran: ngulang at least 5 page/day.
         : khatam quran 2 bulan sekali (1 hr setengah juz)
         :cari zouq baca quran melalui dengar bacaan imam mekkah 

Thaqafi: al muntolaq / hadis 40
             : dengar vid ustaz2 hebat
             : update isu

Agi idup, agi ngelaban. Live here for hereafter. 

From ustaz in ikim fm yesterday morning: Mcm mane nk kuat dlm mujahadah?

1. Siapkan MINDSET, jalan mujahadan ni pasti susah. Sbb Nabi sndiri kata, huffat al jannah bil makarih, wa huffat annar bi syahawat (jalan ke syurga penuh dgn kesusahan dan jalan ke neraka itu penuh dgn syahwat). Bila hadapi kesusahan dlm mujahadah, sahabat2 Nabi bila terasa susah dlm berjuang, mereka akan pujuk diri dengan berkata, "sudah berlaku janji Allah". Bukannya merungut, "Kalau lah begitu, pasti... jadi begini.."

2. Bykkan DOA moga Allah permudahkan. Nabi ajar Muaz b Jabal dgn doa dlm al ma'thurat: "Ya Allah, kuatkan aku dlm mujahadah ni".
 

3. Zikrullah. ZIKIR dpt bg kekuatan pd jiwa. Beri harapan pd diri kita agar kita x mengalah walaupun kdg tu kalah dlm mujahadah. Bila buat benda baik, ucap alhamdulillah. Bila terbuat maksiat, terus ucap astaghfirullah dan tinggalkan maksiat tu

Sunday, 19 February 2012

tips study: find your PRIME TIME

Akhir2 ini, selalu je rasa gelisah, takut fikirkan exam 3 minggu lagi sedangkan diri yang sangat kurang persediaan. Homesick!.. Bila stress study ni, mesti fikir nak balik rumah.. :(

Jumaat malam baru ni, ada motivational talk Dr Khairidzan (motivator terkenal kat Uia Kuantan). Banyak tips study yang dikongsi bersama. Apa yang paling penting yang dapat disimpulkan ialah berkenaan PRIME TIME & INEFFECTIVE LECTURES.

"Kenapa ye, result still rendah walaupun most of daily times aku spend untuk study? Kenapa ye, walaupun baca banyak kali dah, tapi tetap tak ingat bila nak recall dalam exam?"...  Bila soalan ni diajukan pada Dr, beliau tanya balik, "when's your prime time to study?". Majoriti antara kami jawab selepas solat Isya'. Respons Dr, sebenarnya, kalau kita study waktu tu, kita hakikatnya sedang MEMAKSA OTAK dan BADAN KITA YANG MEMANG DAH PENAT tu untuk study. Ya la, kelas start seawal jam 8 pagi straight hinggalah pukul 4 petang tu. Kemudian, kita paksa juga diri untuk study sepanjang malam itu, hingga tidur pun pukul 1 pagi. Hakikatnya, kita sebenarnya sekadar nak puaskan nafsu study je walaupun masa tu, badan dah penat dan otak pun da jadi kurang aktif waktu tu. Sebab tu la, kita susah nak recall apa yang kita baca. Memang kita study, tapi minda tak dapat fokus. Memang kita study, tapi kita dapat absorb 10% je.

So, apa dia tips yang Dr Khairidzan shared untuk atasi masalah ni? Jawapannya ialah cari prime time kita. Kembali pada sunnah Nabi. Nabi ajar kita semua agar tidur awal malam tu supaya dapat bangun awal pagi esok. Tidur at least 5-6 jam pun dah cukup. Kalau kita tidur pukul 11malam, boleh bangun pkul 4-5 pagi. Mulakan pagi dengan tahajjud dan baca Al Quran, kemudian study lah. Lagi berkat kalau kita study selepas tahajjud dan dapat solat Subuh berjema'ah daripada study lewat malam hingga terlewat solat subuh. Belajar waktu pagi tu, otak kita lagi segar dan insya Allah, lagi banyak yang kita dapat absorb. Ingat, kualiti lebih penting daripada kuantiti. Cari prime time anda! Jangan bazirkan masa untuk kerja sia2! Waktu malam sebelum tidur tu, mungkin kita boleh study sikit2, tapi jangan paksa diri hingga tidur lewat pagi. Limit our time, so that we can wake up early to have our prime time to study.

Satu lagi kesilapan student ialah ineffective lectures. Jangan salah anggap ye, ni bukan salah lecturer mengajar, tapi salah diri sendiri yang tak bagi tumpuan waktu lectures. Bayangkan, masa seharian kita banyak dalam lecture hall berbanding dalam bilik. Kelas start pukul 8 pagi hinggalah 4 petang, tapi waktu dalam kelas tu, kita tak dapat fokus apa yang diajar. Dan yang lebih malang lagi kalau kita tak dapat buat rumusan pun apa yang kita belajar untuk topik tu. Ya, memang kita record lecture tu, tapi bukankah ambik masa kita jugak kalau kita nak dengar balik lectures tu malam nanti? Sedangkan, kalau kita betul2 fokus dalam kelas, kita boleh buat benda lain lagi. Pengajaranya, dalam kelas jangan berangan! Pelajar cemerlang ialah pelajar yang mampu bagi fokus dalam kelas at least 80%.Cara nak kekalkan momentum fokus dalam lecture ialah salin nota dan sediakan template soalan untuk bab tu. Memang kita tak sempat nak pre read sebelum lecture, tapi kita boleh buat 'template questions to be asked' untuk faham sesuatu topik tu. Contoh untuk subjek pathology, mungkin kita nak tahu apa causes, major risks, pathogenesis, and consequences of something disease kan? Insya Allah, kita akan jadi active learner dan tak kan jadi sleepy beauty :)

Banyak lagi sebenarnya yang Dr share, tapi 2 benda inilah yang saya rasa benda paling common among student. Ingat, cari kekuatan dari kelemahan. Caranya, cari kelemahan, dan atasi kelemahan tu. Jangan pula lemah dengan kelemahan.

Fokus pada apa yang kita nak, jangan distracted dengan perkara yang kita takut terjadi. Think +ve & act +ve :)

Friday, 17 February 2012

cari KEKUATAN dari kelemahan

"Don't ask for an easier life, but ask to be a STRONGER PERSON"

Kadang merungut penat,
kadang diuji rasa malas,
tapi yakinlah,
di sebalik kepayahan pasti terselit kesenangan,
di sebalik musibah pasti ada hikmah,

Tiap kali sesak dada dengan masalah dunia,
katakan pada diri,
"Inilah tarbiyyah Allah, agar aku jadi kuat",
katakan pada diri,
"ujian Rasulullah lagi hebat",
Tapi Nabi tak mudah menyerah,
kerna Nabi tahu inilah tarbiyyah,
kerna  Nabi yakin dengan firmanNya,
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah takkan bebani seseorang dengan sesuatu yg x mampu dipikulnya..

# Kita bukan robot. Penat, letih tu memang sunnah kehidupan. Tapi, kuat dan tak mudah menyerah itu sunnah Rasulullah insan teladan..

# Kadang air mata murah untuk jatuh, tambah2 lagi perempuan. Tapi, kena cepat2 lap. Sekali sekala menangis tu bagus sebab secara saintifiknya, tears can kill microorganism :)

# Belajar tanpa tawakkal itu sombong. Tawakkal tanpa usaha itu angan kosong.

"Ya Allah, kuatkan aku dalam menuntut ilmuMu yang sangat luas ini. Jangan Kau biarkan aku sendiri tentukan masa depanku"

Monday, 28 November 2011

biarlah penat di sini, tapi untung di 'sana'

Baru lepas tengok video 'Sejernih Sinar Matamu' dalam fb yang ditag oleh sahabat jauh di Mesir, Wan Nurul Husna. Terima kasih Husna. Perkongsian yang sangat hebat daripada Dr Muhaya:



Bidang kedoktoran yang kuceburi ini,
PENGORBANAN yang menuntut JIHAD,
agar SETIAP AMALAN & KATA2 KU,
MENJADI IBADAH,
YANG MEMBERI CAHAYA TERANG,
DI DUNIA & AKHIRAT...

Lagi drp Dr Muhaya: "Kerja doktor ni mulia dunia akhirat. Doktor yang belajar macam2 ciptaan Allah, tapi masih buta mata hatinya, memang orang paling buta. Contohnya, dalam bahagian retina kat mata saja, ada 126 juta sel. Kalaulah Allah caj 1 sen 1 saat kita guna mata tu, berapa banyak yang kita kena bayar?" Allahuakbar!

صِبْغَةَ اللهِ وَ مَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ صِبْغَةً وَ نَحْنُ لَهُ عَابِدُوْنَ 
"Siapa yang lebih baik acuannya daripada acuan Allah?" (Al Baqarah:ayat 138). Kita ambik pengajaran daripada TAPAK KAKI kita. Setakat kita hidup ni, dah berapa pasang selipar yang kita pakai? Bila guna lama sikit, tapak selipar tu jadi haus. Tapi, TAPAK KAKI CIPTAAN ALLAH ni, tak pernah haus sejak kita lahir sampai sekarang kalau nak dibandingkan dengan selipar ciptaan manusia. Subhanallah. Tiada yang lebih hebat daripada ciptaan Allah. 

Jadi sahabat2 yang berada dalam bidang yang sains perubatan (sama ada medik, dentist,pmacy, nursing, allied health science, bioscience dan seangkatan dengannya). Ayuhlah. Jangan biarkan penat lelah kita belajar sia2 saja. Timbalah banyak mana ilmu dan pengalaman agar kita menjadi hamba yang lebih dekat dengan Allah. Bukannya dengan sibuk study siang malam, menyebabkan kita jauh daripadaNya. Solat jema'ah kurang sebab 24 jam study, baca Al Quran pun kurang sebab sibuk study, pergi majlis ilmu pun jarang sebab sibuk study, bangun subuh pun lewat sebab stay up study. Kalau beginilah hidup kita selama ni, lakukanlah sesuatu supaya penat kita di sini (dunia) tak menyebabkan kita rugi di akhirat sana nanti. Jadikan segala usaha penat lelah kita ni sebagai cahaya yang terang di akhirat nanti.

Bila rasa penat.....
Memang tak dapat kita nafi, belajar ni penat, perlu komitmen yang tinggi. Tiap kali rasa penat, ingat ganjaran Allah pada orang yang cintakan ilmu ni. Apapun bidang yang kita ambil, belajarlah dan terus belajar, agar kita menjadi seorang yang pakar dalam bidang kita tu. Agar suatu hari nanti, kita dapat bagi sumbangan pada umat Islam.  Tiap kali rasa penat, bacalah dan telusuri kisah hidup ilmuwan Islam dahulu. Pasti kita akan temui semangat kecekalan mereka di situ.
................................................

Kalau PBL (Problem Based Learning) -----> untuk diagnose penyakit fizikal
Kalau tazkiyatun nafs (penyucian jiwa)  -----> untuk diagnose penyakit rohani

Friday, 18 November 2011

think +ve

Smile to problems? Is it innocent?

Memang tak de orang yang suka pada masalah, kesusahan, atau kesempitan. Itulah fitrah kita, nak pada sesuatu yang mudah, menggembirakan, dan menyenangkan. Bila sedikit susah, pasti mengeluh tak sudah. Sekali ditimpa masalah, 24 jam asyik gelisah. Inilah manusia.

Tapi, sampai bila kita harus kalah pada masalah? Sampai tua kah kita akan begini? Bila sekali ada masalah, kita pun bawa masalah pada yang lain. Muka yang pahit kelat macam kopi pekat menyebabkan orang lain pun tak gembira. Lagi bahaya bagi orang yang panas baran waktu ada masalah, habis lah orang lain jadi mangsa. Dan lagi, kesian jugak pada badan kalau kita ni jenis suka makan kalau tension ada masalah, especially bagi orang perempuan ni. Bukan saya yang kata, tapi benda ni ikut kajian para doktor dan dietitien.


Di sini, saya nak share satu perkara yang telah merubah 90% hidup saya sebagai student ni. Dulu, mind setting selalu cakap, " kelas lama sangat lah, start pukul 8 dan habisnya pulak dalam pukul 4. Mesti mengantuk waktu kuliah ni". Lagipun, 5 tahun kat Imtiaz dulu di train dengan qailullah (tidur sebelum zohor). Jadi, bila otak kita dah setting begitu, maka begitu lah yang berlaku. Setiap kali kuliah waktu petang, mesti mengantuk dan pernah jugak tertidur. Macam2 cara dah buat, tapi tak berkesan pun. Alamatnya, hanya 20% je pelajaran yang dapat absorb daripada lecture tu.

Jadi, bila malam tu, aku terpaksa tanya kawan2 yang celik waktu kuliah untuk subjek tadi. Hampir setiap malam aku tanya dia sebab hampir setiap hari aku tidur. Sampailah satu malam tu, kawan tu bertanya, "Najah, kau memang tiap hari k tidur waktu kuliah?" Zupp! Sangat terasa dengan soalan tu. Teruknya aku ni sampai dia boleh tanya begitu? Tercabar, malu, terasa, kelat. Macam2 perasaan ada. Rasa diri diperendahkan.

Tapi, Allah Maha Besar. Allah bimbing aku supaya aku tak lemah dengan kritikan tu, sebaliknya jadikan KRITIKAN TU SEBAGAI TITIK TOLAK PERUBAHAN DIRI. Alhamdulillah, kritikan tu telah membina aku untuk jadi lebih baik. Alhamdulillah, sekarang aku tak tidur lagi dalam kuliah :). Terima kasih kawan. Mungkin kau tak sedar kau telah merubah hidup aku. Moga Allah meredhaimu, kawan..


Moral of story: Jangan anggap sesuatu yang tak sedap di mata itu buruk untuk kita. Mungkin Allah bagi hujan sebab Allah nak hadiahkan pelangi buat kita nanti. Sabar dan tempuhi sesuatu tu dengan matang. Jangan anggap kesukaran tu sebagai masalah, tapi jadikan ia sebagai cabaran agar kita mampu cari jalan penyelasaiannya.

"Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian"
"Susah di dunia sementara, senang di syurga selamanya"

Saturday, 12 November 2011

tips study: mana tahu di situ ada berkat

Selamat pagi. Cuaca pagi ni sungguh damai hingga ramai yang syahid atas katil. Mengantuk jugak, tapi tak elok tidur lepas Subuh, sempit rezeki. Hinggakan Bu Leh dalam cerita KCB pun tak nak ambil budak perempuan yang tidur lepas Subuh jadi menantu sebab dia tidur lepas Subuh. Haa, jaga-jaga :)

Ni nak share 1 peringatan daripada ustazah kat sekolah dulu tentang tips2 belajar, mungkin sesuatu yang dianggap remeh, tapi besar impaknya. Semua tahu kan apa itu berkat? Sesuatu yang tak boleh dilihat, tapi dengan berkat tu, kita boleh rasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di pundak kita.

TIPS STUDY
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ni kerana Allah. Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa stress kalau kelas start seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul 5. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri, tiap kali nak study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur, walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s tiap kali sebelum belajar, kita yang besar berjela ni tak kan tak mampu kot. Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.

3) Bila kita rasa stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Kalau macam kita ni yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2 positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.

4) Part paling penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan. Berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah. Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.

5) Last but not least, jangan lupa baca doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat..
 .............................................................

Jadi, selamat beramal. Cubalah praktis tips study ni, matlamat kita bukan lah cemerlang dalam study semata, tapi kita juga nak keberkatan daripada Allah. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu)

Jadilah seperti Rasulullah dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan baca Al Quran. Buat pemburu dunia, jangan pula kita bagi alasan, mereka tak sama macam kita, iman mereka mantap kerana Rasulullah ada di sisi. Kita tak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas. 


Saturday, 14 May 2011

cerita di playground..




Mood: nak tengok benda hijau sebab seminggu terkurung dalam UIA yang serba serbi batu konkrit. Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak keluar ke Taman kat Amcorp Mall hari ni (area PJ je, naik teksi pun dalam RM 6 ringgit. Jimat !). Sebenarnya, dah lama plan nak keluar picnic, konon nak cipta kenangan sebelum  masuk Kuantan bulan 9 ni (kesian kan, kawan-kawan sebaya yang lain semua dah masuk main camp. Kami budak UIA je still di asasi). 


Kenyataan yang perlu diterima oleh student UIA sebab kita ni student, bukan orang atasan. Sistem asasi UIA ni 2 tahun sebab kami kena belajar language (English and Arabic). Jadual yang tak terlalu padat memberi peluang pada kami untuk timba banyak pengalaman setiap kali hujung minggu. Sabtu minggu lepas, kami sempat pergi ke majlis talaqi bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari di Masjid Negeri Shah Alam dan keesokannya rehlah bersama sahabat2 di Taman Tasik Perdana dan Planetarium Negara. 

Setiap perkara ada hikmahnya. Walaupun tempoh 2 tahun tu kita manfaatkan sebaiknya, insya Allah tak sia-sia. Sesungguhnya, menurut Dr Yusof Qardhawi, HAKIKAT UMUR insan di sisi Allah dikira berdasarkan 'amal soleh dan ihsan pada makhluk. Kalau tempoh 2 tahun itu kita hanya fokus untuk akademik dan exam semata, maka outputnya nanti hanyalah result CGPA yang tinggi. Tapi kalau tempoh 2 tahun tu kita manfaatkan untuk study, dakwah, dan kenal dunia luar, insya Allah kita akan jadi MANUSIA HEBAT. 



Ok, sebenarnya nak berkongsi sedikit pengalaman yang dapat di playground pagi tadi. Selepas breakfast (nasi lemak, air, dan sandwich), kami bermain di playground. Kebetulan cuaca mendung, jadi budak-budak pun tak ramai. Rezeki di depan mata. Apalagi, kami berenam yang conquer kawasan tu.



Tengah syok main, datang seorang budak lelaki Chinese nak main gelongsor dengan papanya. Papa dia beritahu kat anaknya: “Say hi to kakak”. Nampak macam baik dan friendlySaya dan Athirah pun tegur la papa budak tu. Tanya apa nama budak comel ni dan umur berapa. Niat asal sekadar nak sapa tanda kita saudara 1 Malaysia ni tak jadi bila perbualan kami berlarutan hampir 1 jam. Nama budak laki comel ni ialah Hang dan papa dia, uncle Malvin. Katanya, dia suka bawa Hang ke playground ni untuk meluangkan masa dengan anak tunggalnya ni. Supaya Hang kenal siapa papanya sebab Uncle Malvin ni banyak kali kena kerja outstation di US sebab urusan kerja dan ia memakan masa berbulan lamanya. Rupanya, uncle Malvin yang hanya simple dengan berbaju t shirt, short pan (nasib baik bawah lutut) dan selipar jepun tu adalah lulusan degree dari Unversity of Adelaide, Australia, ambil master di US dan seterusnya menyambung PhD di UK dalam bidang software engineering. Wow, langsung tak sangka dia ni phD holder. So, don’t judge a book by its cover.

Alhamdulillah, Allah sampaikan hajat di hati. Dalam teksi ke taman tadi, saya ada pasang niat supaya rehlah kami ni bukan sekadar rehlah saja-saja, sekadar nak breakfast depan tasik dan bermain di palyground sahaja, TAPI biarlah dapat something beneficial. Syukur pada Allah. Banyak sangat benda yang dapat kami belajar dari uncle Malvin tadi. Banyak nasihat yang berguna, sekaligus practise speaking English. Antara pesanannya tadi:

Be optimist and innovative                                                                                                       “You all must struggle for your future. Change your mentality that you cannot do that cannot do this. We are what we thinking of. Don’t say die before you try on. Yes, it's sure that we will busy with our study and work soon. But, it is the reality that we must go through. Those who succeed are those who are capable of facing all challenges and tribulations with a POSTIVE MIND. Don’t take something difficulties as a problem, but take it as a challenge and find how to solve it. Also, don’t limit the capability of your mind. Don’t be an exam oriented student, who just memorize and focus on teaching of lecturer’s only.  Don’t just copy your friend’s assignment and manipulate internets only. It looks likes your assignment is 1+2+3=6 and your friend is 2+1+3=6. One simpler example is look to your mother and father. 1 Mother + 1 father = can be 2 children or 3 children or 4 children or more than that. It just not have exact answer that 1+1 equal to 2 only. So, don’t limit your mind on syllabuses only. Think out of the box. Believe in yourselves”.

Open your eyes                                                                                                                       Sedikit sebanyak pesan uncle Malvin yang sempat saya ingat. Dia kritik sistem pembelajaran Malaysia yang terlalu exam oriented. Sebenarnya, dia pernah kerja di salah sebuah universiti tempatan di sini. Tapi resign sebab tak suka dengan suasana student yang suka copy paste assignment dari internet. No challenge katanya. Kalau sistem pendidikan di oversea lebih melatih students  agar jadi innovative, yang mana students diwajibkan untuk membuat research dan teori yang tersendiri. Dia harap education system ni berubah sebab student universiti ni terlalu bookworm, fokus untuk exam hingga lupa untuk belajar benda lain dan kenal dunia luar). Sebab tulah masyarakat Malaysia ni mudah terpengaruh dengan budaya luar. Tiba-tiba teringat kisah group K Pop baru di Malaysia iaitu gula-gula dan 24/7 yang kononnya nak tiru gaya artis Korea. Isy, annoying! Kenapa mereka tak jadikan Nabi sebagai ikutan, tapi jadikan artis-artis Christian ni sebagai ikutan. Syariat langsung tak diambil peduli. Sabda Nabi: “Tanda akhir zaman ialah apabila fitnah berleluasa”.

We all are beggars                                                                                                                      Satu lagi, terkesan dengan cerita uncle Mavin tentang kisah dia dengan seorang pengemis. Pernah sewaktu dia di Bahrain, dia didatangi oleh seorang pengemis wanita yang meminta sedikit wang daripadanya. Dia hanya menggelengkan kepala tanpa memandang wanita pengemis itu. Lalu, pengemis itu berkata: “Don’t do like this. We both are beggars. I beg money from you. But I believe you also beg for something in your life. We always need something to support our life”Ya, kisah yang simple tapi banyak makna tersirat. Mungkin uncle Malvin Nampak benda tu dari sudut keduniaan. Tapi kami nilai kisah itu dari sudut pandang sisi seorang Muslim. We are the beggar for nikmat and rahmat from Allah. Every day, we beg from Allah to give us a good life in here and hereafter after pray in our du’a.  We beg from Allah in our pray 5 times every day.
1:6
Yes, we are beggar. So, don’t be proud and riya’ with ourselves. Everything is from Allah. Yes, we created by Allah and we will go back to Him.

Kesian Hang terpaksa tunggu kami bersembang dengan papa dia sampai mengantuk. Bukan salah kakak-kakak ye dik. Papa Hang ni suka bercerita. Lastly, kami doakan moga uncle diberi hidayah Allah untuk kenali Islam lebih dekat dan menjadi Muslim satu hari nanti. Uncle orang bijak, gunakan kebijaksanaan yang ada untuk menilai hakikat hidup bahawa semuanya datang daripada Allah. Allahumman layyin qolbahu. 
………………………………………………………….................................................
Lepas tu, sempat lagi kami cuci mata di Amcorp Mall. Destinasi yang jadi sasaran ialah kedai buku Popular. Habit yang suka dengan buku ni tak boleh ditahan. Akhirnya, terbeli 2 buah buku iaitu 7 Formulas of Individual Excellent- Dr Danial Zainal Abidin dan buku Bahagiakan Hatimu - Ibn Qayyim Al Jauziyyah. Terima kasih Abi dan Ummi sebab bank in duit baru ni. Pesan Abi, “Pandai-pandai lah guna duit tu. Nak beli benda kat KL ni sebelum gi Kuantan kekgi”. Ingat lagi, dulu pernah plan dengan roommate nak jual nasi lemak, kononnya nak survive waktu short sem ni sebab short sem inilah waktu genting student sebab kami tak dapat duit KPTM, hanya bergantung pada mak ayah. Akhirnya, planning tu tak jadi sebab semuanya dapat duit dari mak ayah masing-masing selepas mengadu short duit. Nampak sangat tak boleh berdikari. Jadi, moral value ialah kenanglah jasa ibu bapa dan belajarlah sungguh-sungguh supaya tak hampakan harapan sendiri dan harapan mereka tersayang. 

Alhamdulillah, sampai di PJ dalam pukul 1 tengah hari. Terima kasih pada roomate (athirahaqilahzaleha) dan juga thank to shahira dan ilyana kerana bersama-sama ceriakan hujung minggu ini. Mood sekarang: kena siapkan assignment analysis surah Al Mukmin. 

Monday, 18 April 2011

takut SIBUK, pembunuh cita-cita

Teringat perbualan santai dengan adik bongsu, Kamil Hadafi sewaktu dia masih tadika lagi. Pada suatu petang, saya tengok dia tekun melihat halaman muka surat untuk ruangan ‘Teman Asuh’ dalam majalah Asuh, sebuah majalah kanak-kanak yang mendidik jiwa terbitan Galeri Ilmu. Rupa-rupanya dia sedang mencari idea untuk memilih cita-citanya ketika besar nanti.

Kak    : Jupe doh ko cita-cita adik?
Kamil : Tak lagi. Tengah cari ni…
Kak    : Meh kak tolong cari. Ame jadi doktor lah. Boleh rawat abi umi tua-tua kekgi.
Kamil : Tok se. Kekgi sibuk kat hospital macam Ayah Zin dan Teh. Kena gi kursus jauh. Ame nak duduk dengan abi umi. Erm, kalau gitu Ame nak jadi ‘pilot’ lah.
Kak   : La, Ame tahu dok ‘pilot’ tu gapo? Pilot tu orang bawak kapal terbe. Biasanya, kalau orang bawak kapal terbe ni gi luar negara sokmo, lamo pulok tuh.
Kamil : Oloh, jolo ko? Tak jadi la kalau gitu. Ame tukar jadi cikgu lah. Boleh minta kerja kat sekolah dekat dengan rumah ni.
Kak   : La, kalau jadi cikgu, Ame sokmo ado mesyuarat, sibuk dengan kelas tambahan, kena cek kertas prikso. Banyak jugak kerja tuh. Gini la, Ame kan pandai main badminton. Ko Ame nk jadi pemain badminton?
Kamil  : Boleh jugak. Boleh Ame berlatih tepi rumah ni. Tak yah jauh dengan abi umi
Kak   : Tapi, kalau Ame jadi wakil Malaysia, Ame kena gi berlawan kat luar negara jugak. Ingat tak Hafiz Hashim masuk All England, kena tanding di England. Jauh tuh Ame. Fikir molek
Kamil : (berhenti sejenak sambil berfikir jauh). Erm, doh kak rase Ame boleh jadi gapo?
Kak    : Kiranya Ame tok se duk jauh dengan abi umi la ni?
Kamil : Erm. Ame kan anak bongsu.
Kak    : Kalau gitu Ame jadi chef lah. Buka restoran depan rumah. Maknanya tak la tinggal abi umi.
Kamil : Oloh.. Keje chef jah?? Pening Ame fikir. Tengok la dulu pahni gano. Susahla nak cari cita-cita ni (sambil tutup buku Asuh dengan muka kecewa)
……………………………………………………………………………………....
Tersenyum sendiri teringat kisah ni. Sekarang, Kamil dah masuk darjah 3 dan menjadi pengawas sekolah. Apa yang penting, dia dah ada cita-cita sendiri iaitu nak jadi doktor, pilihannya yang pertama dahulu. Tapi dia tetap tidak mahu duk asrama. Erm, anak bongsu la katakan. Tak pe, kak doakan Ame berjaya dunia akhirat dan menjadi anak soleh. Tulus sungguh niat adik bongsuku ini: nak jaga Abi Umi bila tua nanti. Insya Allah, kita 8 beradik akan menjadi anak soleh solehah dunia akhirat.  Teringat sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah Jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh

Gambar Kamil sewaktu majlis khatam Al Quran tahun lepas (darjah 2)
Moral of the story:

Pertama, budak-budak pun fikir nak jaga ibu bapa, nak berbakti pada mereka. Kita waktu kecil juga mungkin begitu, langsung tak mahu berenggang dengan ibu bapa. Tapi, bagaimana agaknya sekarang, setelah kita belajar jauh dari pantauan mereka. Jangan lupa, selalulah telefon mereka untuk bertanya khabar dan jangan lupa doakan mereka tiap kali lepas sembahyang. Doa dan berkat dari mereka amatlah penting dalam kita memburu impian hidup masing-masing

Kedua, kita tidak boleh lari dari SIBUK. Kerja apa pun pasti dihambat dengan kesibukan kerana itulah lumrah hidup sebagai khalifatullah. Banyak amanah yang harus kita pikul. Tanggungjawab kepada diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, masyarakat, agama dan negara. Jangan lupa 3 misi utama manusia diciptakan Allah iaitu:


  1. sebagai 'ibadullah (untuk beribadah kepada Allah) -Az Zariat:56
  2. sebagai khalifah Allah (untuk berbuat ihsan pada manusia, memakmurkan bumi dengan amar ma'ruf nahi mungkar) - Al Baqarah:3 , Al An'am:165
  3. untuk tunaikan amanah (sebagai hamba Allah, penghafaz Al Quran, anak, pelajar, adik, kakak, sahabat, da'ie, ibu, bapa dll) -Al Ahzab:72

"Kematian bagi orang beriman adalah rehat daripada kedukaan dunia "
Jika kita hanya fikirkan mahu rehat semata-mata dan tidak mahu sibuk, tanya pada diri; bersiapkah diri kita untuk mati?Tanyalah pada sesiapa sahaja, sama ada dia itu guru, doktor, arkitek, pensyarah, tukang kebun, hatta suri rumah sekalipun, semuanya sibuk dengan tugasan masing-masing. Jangan sempitkan minda kita untuk fikir tentang cita-cita kerana takutkan sibuk. Teguran buat diri sebenarnya. Dulu, pernah bercita-cita untuk menjadi doktor. Tapi kerana takut akan sibuk bila dah jadi doktor nanti, saya tukar cita-cita pada dentist. Tapi bila berada dalam dentist sekarang, terfikir tentang kesibukan sewaktu belajar, cuti cuma sekejap saja berbanding budak medik. Allahurabbi. Beratnya tangan waktu hendak menaip ini kerana kata-kata ini menembak tepat pada diri. Dush !! Terkena atas kepala sendiri.. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Selalulah membuat fikiran kita terbuka sehingga kita miliki minda yang sering berfikir akan kejayaan di masa depan. Percaya dengan kebolehan diri dan bertawakallah pada Allah. Allah tidak akan mensia-siakan kehidupan hambaNya yang taat dan selalu ingat padaNya. Jangan terus mengangkat bendera putih sebelum pedang membunuh musuh.

"Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis"
Penderitaan yang dirasakan oleh penuntut ilmu dan disebabkan beban berat yang dipikulnya akan menjadikannya seorang yang 'alim dan pakar dalam ilmunya satu hari nanti. Hujan kan berhenti, ribut pun kan reda, guruh pun tak lama. Itulah sunnatullah alam, sama dgn sunnatullah kehidupan. Yakinlah dengan janji Allah, setiap kesusahan pasti akan ada kemudahan selepas itu biiznillah. "Barangsiapa bertaqwa pada Allah, nescaya Allah sediakan baginya jalan keluar dan rezeki dari jalan yang tak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakkal pada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" ( At Talaq: 2-3)

"Erti hidup untuk memberi"
Kalau kita lihat dari segi ibadat. Solat yang popular dalam kalangan kita adalah solat wajib 5 waktu iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isya’. Bila nak exam, solat yang popular adalah solat sunat hajat. Bila nak pilih jodoh, solat sunat istikharah. Kalau ada kematian, solat sunat jenazah. bila bulan ramadhan, solat terawih pula yang popular. Ada banyak jenis solat sunat tapi pernahkah kita terfikir, kenapa solat sunat lain seperti solat sunat rawatib, dhuha, tahajjud, tasbih,taubat dan banyak lagi tidak selalu diamalkan oleh kita? Sebabnya mudah sahaja, kita selalu solat untuk meminta kerana kita tahu Allah adalah punca rezeki dan tempat untuk kita meminta sesuatu. Bukannya solat untuk memberi keikhlasan 'ibadah kepada Allah. Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal. Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan. Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita. Melihat kehidupan dunia sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Namun, melihat kehidupan dunia sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan dan bukannya hak yang tidak berkesudahan.

Dengarlah lagu motivasi ini, Mimpi Yang Indah oleh kumpulan Mestica. Moga ia dapat mengubat hati kita yang  sedang gundah memikirkan masa depan nanti. Bukan mudah menggapai bintang, bersilih dugaan mendatang...

Telah ku lalui jalan berduri 
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang 

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar 
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan 

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti


Lagu ini sering menjadi penguat semangat di waktu diri ini terasa lemah semangat. Kali ini, saya tujukan lagu ini khas buat semua sahabat yang sedang berjuang untuk merealisasikan cita-cita dan impian hidup masing-masing. Andai pernah mengalami kegagalan, yakinlah bahawa kegagalan itu bukanlah jalan buntu, bukan juga jalan mati bagi kehidupan kita. Sebaliknya, jadikanlah ia sebagai jalan pada kita untuk menuju kejayaan. Jadilah optimist dalam setiap apa yang kita lakukan dan perbaikilah kekurangan diri. Dan jangan lupa, dalam sibuk mengejar cita-cita, jangan sesekali lupa pada ilmu agama. Imam Ghazali dengan sinis pernah berkata: "Sila sembahyangkan jenazah pada orang yang mengasingkan diri dari majlis ilmu selama 40 hari kerana sesengguhnya, tiada guna lagi hidupnya kerana hatinya (raja segala anggota) telah mati"Banyak sebenarnya cabaran hidup sebagai pelajar kampus. Tapi yakinlah dengan sabda Nabi: "Ihfazillah yahfazka. Ihfazillah tajidhu tijaahak" (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa di sampingmu). Jaga solat, jaga aurat, jaga mu'amalat.

“Carilah sesuatu yang bermanfaat dalam kembara hidup kita untuk kita memberi manfaat kepada orang lain”