Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Thursday, 15 December 2011

Oley VS sembang rakyat

 Isu ni patut dipandang serius oleh semua umat Islam. Letak ke tepi dulu soal politik, yang pasti kita bersatu hati menentang puak2 yang jelas2 menghina hukum Allah. Hebat sangatkah undang2 negara kita sampaikan undang Allah dihina? Tak percaya, tengoklah video ni. 
Dalam sembang rakyat ni, ada disebut, "kalau guna hukum hudud pun, tak jadi apenye, lagi teruk jadinya". Masya Allah. Teruk tahap apa mereka ini smpai dihinanya hukum Allah? Ingat! Allah ada tegaskan dalam surah Al Maidah 3 kali dalam ayat 44, 45 dan 46. "Siapa yang tak berhukum dengan hukuman yang diturunkan Allah, kafirlah dia/ zalimlah dia/ fasiqlah dia" 
Salah satu sebab yang boleh membawa murtad ialah dengan perkataan. Contohnya, apabila kata-kata tersebut menolak hukum-hakam Islam atau menghina apa-apa ajaran Islam. Apa peranan kita sebagai anak muda Islam bila melihat agama Allah dihina sebegini rupa? Andainya Saidina Umar dan Khalid Al Walid  hidup lagi sewaktu ini, pasti mereka akan bunuh orang yang biadab ni sepertimana Musailamah al Kazzab dan kuncu-kuncunya dibunuh dalam perang Yamamah.
Tambahan pula, dalam video sembang rakyat ni, pelakon2 nya bukan orang yang ahli dalam ilmu agama, pelakon perempuannya tak tutup aurat dan juga pelakon non Muslim yang membincangkan hukum Allah ni secara salah. Jangan lupa,  Rasulullah pernah bersabda: ''Akan tiba satu zaman di mana yang benar dikatakan bohong, yang bohong dikatakan benar. Amanah dikatakan khianat, khianat dikatakan amanah. Akan muncul pada zaman itu golongan 'Ruwaibidhoh' iaitu orang yang jahil tentang agama bercakap mengenai urusan manusia.'' Tak payah la nak bercakap tentang hukum hudud Allah kalau hukum Allah suruh tutup aurat pun tak buat!
Filem pendek Oley ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk Lagi Hudud PAS . Antara tuduhannya ialah hudud ni tak adil sebab orang Muslim je yang kena hukum, tapi non Muslim terlepas. Tapi jangan lupa pak cik oii, tak ada siapa pun akan terlepas di hari akhirat nanti. Jangan perlekehkan hukum Tuhan.
Tahniah pada semua ustaz dan krew yang terlibat dalam Oley ni. Terbaek!! Bangga sebab my brother jugak terlibat dalam pembikinan video ni sebagai penata bunyi! Good job bro. Teruskan bagi sumbangan pada ummah :)
Bukalah mata hati untuk menilai yang mana satu baik, yang mana satu buruk. Kita dah besar panjang sekarang, bukan sekadar fikir nikah kawin je. Syeikh Hassan Al Banna pernah berpesan, "Setelah jatuhnya khilafah Turki Uthmaniyyah, wajib ke atas tiap umat Islam untuk bekerja mengembalikan semula kegemilangan Islam walau di mana penjuru sekalipun".

Apa sumbangan kita pada Islam setakat umur kita hidup hari ini?

Saturday, 2 July 2011

BERSIH dan Isra' Mi'raj

Semua sibuk bercakap tentang BERSIH. Gotong royong nak bersihkan negara daripada segala perbuatan khianat. Amat tertarik dengan tuntutan ke-5 iaitu akses media yang bebas dan adil dan juga tuntutan ke-7 iaitu hentikan rasuah. Benar, kadang terasa menyampah bila tengok buletin utama. Pasti isu politik yang telah diputar belit yang akan ditayang pada masyarakat umum. Rasuah berleluasa. Keaiban muslim dijaja demi kepentingan tertentu. Para artis yang mengabaikan syariat Allah pula yang dipromosikan di segenap media. Tengoklah hari ini, berapa banyak drama, movie dan iklan yang menayangkan wanita muslimah yang berbaju tapi bertelanjang. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan jadi satu budaya, hinggakan sang pelakon yang dah berkahwin pun boleh lagi peluk dukung wanita lain. Patutlah 'baitul muslim' artis Melayu kini goyah. Baru dijentik sedikit, akhirnya percintaan bertahun-tahun lamanya itu hilang begitu saja.

Tersangatlah jauh hidup umat Islam hari ini berbanding umat Islam zaman gemilang khilafah Islamiyyah dulu. Apakah masih wujud sosok pemimpin seperti Umar Al Khattab, Khalid Al Walid,  Tariq bin Ziyad, Sultan Muhammad Al Fateh, Salahuddin Al Ayyubi dan Sultan Saifuddin Qurtuz? Teringat kisah dalam perang Ain Jalut apabila Mesir menghadapi masalah belanjawan perang kerana telah banyak wang yang digunakan dalam Perang Salib sebelum ini. Lalu, Sultan Saifuddin memanggil semua pembesar dan ulama' untuk membincangkan masalah ini. Ketika Sultan Qurtuz mencadangkan agar dilakukan kutipan dari rakyat jelata (kerana zmn dulu, tiada kutipan cukai yg dikenakan selain daripada zakat), maka seorg ulama' iaitu Izzuddin Abdis Salam mengeluarkan satu fatwa yang cukup tegas. Beliau berkata:

Apabila negara Islam diserang, wajib ke atas dunia Islam untuk memerangi musuh. Harus diambil dari rakyat jelata harta mereka untuk membantu peperangan dengan syarat tidak ada harta langsung di dalam Baitul Mal. Setiap kamu (pihak pemerintah) pula hendaklah menjual semua yang kamu miliki dan tinggalkan untuk diri kamu hanya kuda dan senjata. Kamu dan rakyat jelata adalah sama di dalam masalah ini. Ada pun mengambil harta rakyat sedangkan pimpinan tentera memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya adalah tidak harus.

Allahuakbar, kata-kata yg patut dihadam oleh semua pemimpin. Apa gunanya slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' jika rasuah di kalangan pemimpin masih berleluasa dan cukai yang terlalu banyak hingga membebankan rakyat, sedangkan puak kroni hidup mewah dengan barang kemas dan mahligai.
..................................................................

Tapi, apa kaitan BERSIH dengan Isra' Mi'raj ni? Confused? Hmm, sebenarnya nak berkongsi sedikit ilmu daripada seorang ustaz tentang kisah pemBERSIHan dada Nabi sebelum peristiwa Isra' Mi'raj melalui 3 proses:

1) TAKHALLI
  • Dada Nabi dibelah dan dicuci dengan air zamzam, serta dibuang ketulan hitam (tempat yang biasa syaitan duduk). Di peringkat ini, jelas menunjukkan bahawa kita mestilah bersihkan diri dan buang segala kotoran mazmumah yang ada dalam diri sama ada dosa besar atau dosa kecil. Mana mungkin nur kebaikan dapat bercampur dengan gelap pekat kejahatan. 

2) TAHALLI
  • Setelah bersih, dada Nabi dituangkan dengan hikmah, ilmu dan iman. Setelah itu, dada Nabi dijahit semula. Di peringkat ini, sesudah kita membersihkan diri daripada kotoran maksiat, segera pula kita hiasi jiwa kita dengan sifat mahmudah seperti rajin, sabar, pemaaf, qana'ah, selalu ingat mati dan tawakkal. Kemudian,  perkemas 'ibadah wajib dan perbanyakkan amalan sunatInsya Allah, jika kita bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam ber'amal, lama kelamaan ia akan sebati dengan hati dan akan terasalah lazatnya ibadah itu. Istiqomahlah serta banyakkan berdoa: Allahumma habbib ilainal iman wa zayyinhu fi qulubina wa karrih ilaina alkufra wal fusuqa wal 'isyan waj 'alna minarraasyidin (Ya Allah, cintakan aku pada iman, dan hiasilah ia dalam hatiku dan campakkan rasa benciku pada kufur, fasiq dan maksiat dan jadikanlah aku dalam kalangan orang yang mendapat petunjuk)

3) TAJALLI
  • Di peringkat ini, setelah mujahadah dalam peringkat takhalli dan tahalli, kita akan dapat merasakan satu penghayatan bahawa Allah sentiasa melihat kita 24 jam walau di mana kita berada. Walaupun sedang bersendirian tanpa sesiapa di sisi, kita tidak berani untuk lakukan maksiat dan dosa kerana sedar bahawa malaikat Rakib Atid setia mencatat amal baik buruk kita setiap detik. Rasa taqwa dan cinta pada Kekasih Agung menyebabkan diri tawar dan hambar untuk lakukan kemungkaran. Tertarik dengan kata-kata Saidina Ali: " Beribadatlah sehingga kita letih untuk lakukan kejahatan".
..................................................................................................................

Hari ini dah masuk bulan Sya'ban.  Sama-sama kita muhasabah dan cek balik sejauh mana komitmen kita dan tahap khusyuk kita dalam solat. Peristiwa Isra' Miraj ini amat bermakna dalam sejarah Islam kerana pada malam itulah Rasulullah s.a.w menerima mandat secara langsung daripada Allah tentang solat fardhu 5 waktu ini. Saya syor pada sahabat-sahabat, bacalah buku Khusyuk dalam Solat hasil tulisan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Siri tazkirah yang sangat menyentuh hati, mengajar kita bagaimana cara untuk mencapai khusyuk dalam solat dan membawa kita menilai sejauh mana tahap kualiti solat kita selama ini. Gaya penulisan yang santai, mudah difahami, dan perumpamaan yang tak terfikir di minda. Bacalah, tak rugi sedikitpun..


Satu lagi, hari ini berjaya juga habiskan sebuah buku iaitu Palestin daripada Perampas Jalanan kepada Peta Jalanan, karya TG Haji Abdul Hadi Awang. Peristiwa Isra' Mi'raj ini menggamit rasa rindu dan cinta pada bumi Palestin yang mana terdapat di dalamnya Masjidil Aqsa, yang menjadi tempat persinggahan Nabi dalam perstiwa Isra' Mi'raj ini. Tapi, bumi Palestin kini dikuasai Israel, malah rakyat Islam Palestin dibunuh dan dibom oleh musuh-musuh Islam ini sesuka hati. Apa peranan kita sebagai umat Islam? Sedarlah, hidup kita dengan mereka tidak sama. Tangisan kita kerana mendapat markah rendah dalam exam, tapi tangisan mereka kerana kehilangan ahli keluarga tercinta. Kesedihan kita kerana tidak mendapat apa yang dicita-citakan, tapi kesedihan mereka kerana melihat rumah mereka diceroboh dan dimusnah. Bezanya kita dengan mereka. Apakah bantuan yang mampu kita hulurkan pada mereka kerana mereka juga saudara seislam kita? Jangan lupa, bumi Aqsa adalah tanggungjawab kita bersama. Benda yang paling mudah untuk kita lakukan ialah BERDOA dan BOIKOT PRODUK ISRAEL. 

Secara ringkasnya, 3 hikmah di sebalik peristiwa Isra' Mi'raj ini ialah:
  1. mengetahui 3 cara pemBERSIHan hati (takhalli, tahalli, tajalli)
  2. menilai sejuah mana tahap komitmen dan khusyuk kita dalam solat
  3. lebih cakna pada isu umat Islam di Palestin

"Jadikan peristiwa Isra' Mi'raj ini sebagai turning point untuk kita menilai sejauh mana mutu solat kita dan turning point untuk kita cakna isu umat Islam Palestin"
                                                                                                                                                                 
 

Monday, 6 June 2011

WHI: masakan bibik atau ibu jadi pilihan?


Kelmarin (7 Jun 2011)sambil memasak, sempat tengok satu diskusi yang agak menarik bertajuk 'masakan bibik atau ibu jadi pilhan?' dalam Wanita Hari Ini. Ye la, zaman sekarang ni para ibu pun kebanyakannya dah berkerjaya. Lepas balik kerja mesti penat. Jadi bibik lah yang ambil alih tugasan ibu memasak untuk keluarga. 

Fuh, cabaran besar buat insan bergelar perempuan.Walau setinggi mana pun belajar, secantik mana pun wajah, setebal mana pun beg duit, sepetah mana pun bercakap, tapi kalau TAK pandai memasak,tak lengkap lagilah maknanya. Cuba kita tengok dalam kehidupan seharian, bila berada di U, kita pasti merindui masakan ibu di rumah. Selalu saja bandingkan masakan di kafe dengan masakan ibu tersayang. Kenapa? Itulah kuasa air tangan ibu. Mereka memasak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Ulama' pernah berkata: "bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, ia akan sampai pada hati orang yang menerimanya". Apatah lagi kalau memasak sambil selawat dan baca doa.

Ni ada tips bagaimana nak lembutkan hati, boleh baca doa seperti:

1)  اَللَّهُمَّ لَيِّنْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ .
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan besi di tangan nabi Daud"

2)  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ                                                                 "Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya  kamu berjaya"   (Al 'Imran: 200)

3) ayat Al Quran dari surah Toha ayat 1-8ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah. (boleh baca ikut keesuaian)

4) Banyakkan zikir Ya Latif, Ya Hayyuy Ya Qayyum ketika memasak

(sumber: petikan daripada "Rawatan pesakit menurut Al Quran & As Sunnah'; Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din)
........................................................................................................... 
Haha. Terasa matured pulak bila menulis bab ni. Apa salahnya, menulis untuk berkongsi. Kalau betul boleh disebarkan, kalau salah boleh dibetulkan. Lagi baik rasanya daripada dapat ilmu seorang diri.Sebenarnya tulis ni sebagai peringatan untuk diri supaya rajin memasak. Ni tak, bila ada mood, rajinlah masuk dapur.Tapi kalau rasa malas, biarkan ummi sorang diri di dapur. Anak perempuan kena rajin, especially bila adik-adik ni jenis makan banyak.Waktu makan tak pernah miss. :)

Jadi waktu cuti begini, ambil kesempatan belajar memasak. Bukan untuk perempuan je, lelaki pun perlu belajar masak. At least, lepas kahwin nanti boleh tolong isteri di dapur (baru boleh jadi suami mithali). Isy! futuristik sangat ni sampai cakap bab kahwin.Tu la, dah semua orang sibuk cakap hal kawin. 

Kesimpulannya, masakan ibu lebih ada kuasa daripada air tangan bibik. Tak salah kalau bibik nak masak, terutamanya bagi spouse yang memang sibuk macam doktor. Tapi jangan lepasakan tanggungjawab memasak 100% pada mereka. Air tangan ibu mampu mengikat hati suami dan anak-anak. Mungkinkah antara punca gejala sosial anak muda sekarang adalah daripada sikap lewa ibu bapa mendidik anak-anak dan tiadanya ikatan hati anak-anak dengan ibu bapa. Ibu bapa sibuk bekerja hingga terlupa makan minum anak-anak. Ibu sibuk bekerja hingga tiada masa si anak nak merasa masakan air tangan ibu.

Buat para ibu dan bakal jadi ibu nanti, memasak bukanlah hobi, tapi ia adalah keperluan yang sangat diperlukan. Siapa sangka, tangan ibu yang lembut menghayun buaian ini mampu menggoncang dunia. Tak pandai memasak tak apa, asalkan jangan malas. Okay, najah :).


# Memasak ni satu bonus buat student yang belajar di oversea sebab kena masak sendiri di rumah sendiri. mabruk 'alaih. Jadi, cabaran buat kawan2 yang belajar dalam negara, waktu cuti la peluang nak belajar praktikal. Kalau kali pertama masak, gulai jadi pecah minyak tu tak pe. Kalau masak terkurang rasa dan dikomplen oleh adik-adik pun, jangan rasa malu. Never give up. Repitition is the mother of knowledge. Alah bisa, tegal biasa.