Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, 1 January 2012

2012- Untuk anak muda

Jom jadi matang sikit bila bersembang, terutama kaum perempuan. Cukuplah kita hanya duk sembang tentang gosip artis, couple tu, couple ni, movie yang meletup di pawagam, drama korea, tak pun fesyen tudung yang macam2 jenis sekarang ni. Kita ini ANAK MUDA ISLAM. Banyak lasi isu yang patut kita ambil tahu. Tahukah kita tentang isu di Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman yang bergolak hebat baru2 ini? Tahukah kita tentang kes jenayah dan gejala sosial di negara kita ni? Tahukah kita tentang isu ekonomi yang makin tercemar dengan rasuah hingga hutang negara kita mencetah juta2 ringgit?  

Dan tahukah kita apa yang terjadi pada Malam Tahun Baru 2012 malam semalam?
Di Shah Alam- Tahun Baru disambut dengan laungan Asma' Al Husna dan bacaan doa. Tahniah Kerajaan Selangor! -- 70,000 yang hadir

Di i-CITY- Tahun Baru disambut dengan hiburan yang mengkhayalkan. Musuh2 yang mahu hancurkan Islam! Tp, pemimpin negara kita macam gi kat sini je. erk! -- 5,000 yang hadir
.........................................
Sungguh, sangat jelous tengok banyak program Tahun Baru di area Selangor.
Kejayaan hari ni mungkin adalah hasil benih yg ditabur oleh generasi sepuluh tahun dulu oleh abang2 kakak2 di kampus area Selangor, hasilnya dpt dituai oleh generasi sekarang. Macam kisah Rasulullah dan seorang mak cik tua yahudi yg buta yg peluk Islam setelah Nabi wafat. Nabi tidak dapat merasai hasilnya di dunia, tapi ya di akhirat
Jadi, jom anak muda Kuantan, sama2 kita tabur benih sekarang d bumi Pahang ni. Moga 1 hari nanti, tahun baru d bumi Kuantan pun disambut dgn asmaul Husna dan bacaan doa, bukan lagi konsert dan karoke yang lagha.. UIA, UMP, KIPSAS, SHAH PUTRA, UiTM, IKIP dn kampus lain area Pahang. 
Semalam saya sempat turun untuk bersama Kembara Dakwah Malam Tahun Baru di Benteng Kuantan bersama 16 orang lebih kawan2 medik. Sedih sekali melihat realiti masyarakat hari ini; muslimah2 yang hanya bersinglet, berjalan berpimpinan tangan dengan 'buaya'friend, pemuda Muslim yang merempit sambil bising mengacau anak dara yang lalu lalang. Mana hilangnya cara hidup Islam? Benarlah kata2 Syeikh Amjad Az Zahrawi: "Dunia hari ini sedang terbakar. Wajib ke atas tiap umat Islam untuk menyimbahnya dengan air walau di mana penjuru sekali pun".

Hai anak muda Islam,
Janganlah kita sesak nafas dengan masalah sendiri; fikirkan study yang takkan pernah habis. Kalau masalah sendiri pun kita dah sesak nafas, siapa nak fikir masalah ummah?
Jangan kita jadi mandul. Hidup seharian hanya 3K (kelas, komputer, katil).
Tiada masa untuk ruang lain; dakwah diabaikan, amal fardi sendiri pun lompang tiada pengisian. Memang rugi bagi orang yang hanya beriman dengan segulung ijazah.
Dan jangan pula bagi alasan, "sekarang aku nak fokus study dulu. Bila kerja nanti, aku buatlah kerja Islam ni". Tapi, bolehkah kita jamin kita akan hidup 5 tahun lagi? Dan kalau kerja sekali pun, boleh jadi kita akan bagi alasan, "aku sibuk kerja sekarang, tunggu aku pencen lah". Bila dah pencen pulak, bagi pulak alasan, "aku dah tua, bagi kat orang muda lah buat kerja2 amal ni". Hmm, sekali bagi alasan, tak mustahil untuk kita terus bagi alasan selepas tu. Ingat. Orang malas mencari alasan, orang bijak mencari jalan. 

"Jika kamu ingin melihat masa depan sesuatu kaum, tengoklah generasi mudanya yang ada hari ini"

Nabi sebarkan dakwah dikelilingi anak muda. Jom anak muda.

Jom jd mahasiswa yang peka,
bukan study oriented semata,
dakwah dan akademik seia sekata,
dunia akhirat insya Allah berjaya


Kalau bukan kita, siapa lagi?
kalau bukan sekarang, bila lagi?
kalau bukan di sini (dunia), di mana lagi? 

....................................................................................................................


Selamat Pengantin Baru, Amir & Siraj
31 Dis- moga berpimpin tangan hingga ke syurga. Barokallahulakuma. Bila tengok sepupu sendiri kahwin, terfikir masa depan :) 

Robbana hablana min azwajina wa zuriyyatina qurrota a'yun waj 'alna lilmuttaqina imama

Sanah Helwah et
Malam 31 Dis jugak tarikh penting untuk sahabat tersayang, Nur Izzati a.k.a et yang teruk kena prank :) 


Happy birthday my dear. Moga panjang umur dalam kebaikan dan ketaatan. HAKIKAT UMUR dikira di sisi Allah berdasarkan 'AMAL SOLEH dan IHSAN kita pada makhluk.





 

Azam 2012
----> Jadi mukmin yang lebih baik- 'ibadah, akhlak, akdemik, dakwah, siasah. Insya Allah
 

Monday, 26 December 2011

ombak besar depan Imtiaz


Dahulu, kat depan pantai ni la tempat aku berusrah, main istana pasir, joging, cari idea nak tulis sajak, tempat release stress dan main de cok. Terkejut tengok gambar terbaru yang ditag oleh kak 'aishah jauhara (gambar kat atas ni). Kuasa Allah Ta'ala, ombak besar baru2 ni telah meranapkan sebahagian jalan depan Imtiaz A. La haula wala quwwata illa billah. Moga2 jauh daripada bala bencana.

5 tahun bersama, selamanya terasa. KOSTAQ ----> SMSA YT -----> Imtiaz Dungun. Biarpun nama banyak kali ditukar atas sebab unsur politik, hati kami tetap utuh nakkan KEPIMPINAN ISLAM. Visi Imtiaz nak lahirkan ulul albab, jadi cita2 ulul albab ialah nakkan negeri Terengganu ni benar2 Darul Iman. 


............................................................................................................................................
#Hari Jumaat di Dataran Ilmu Kelantan hidup dengan kuliah agama.
#Hari Jumaat di Masjid Rusila, Terengganu juga hidup dengan kuliah agama.
 
#Kalaulah Dataran Merdeka pun hidup dengan suasana begini, pasti lagi ramai orang Islam di negara kita. Tapi realiti, Dataran Merdeka lebih hidup dengan konsert sambutan merdeka, tahun baru, jom heboh dan macam2 lagi. Inikah namanya negara Islam?

Friday, 16 September 2011

special to my little sister

14 September

Adik tersayang akan fly ke Jordan untuk sambung belajar dalam bidang syariah di universiti Yarmouk. Aku dengan my 2 brothers, abe dan abe imi hantar Saidah di KLIA, manakala umi abi dan ramai lagi saudara mara lain hantar Saidah di airport Kuala Terengganu.Naik bas dari Kuantan pukul 12.30 tengah hari dan sampai di Gombak, abe tunggu dengan kereta di sana. Lepas tu, terus gi KLIA sebab Saidah dijangka tiba di KLIA pukul 7 malam.


Alhamdulillah, dalam pukul 7.30 malam, dia keluar dengan geng Maidam nya yang lain. Selepas solat jama' Maghrib Isya', abe belanja Saidah makan. Takut tak lalu makan atas flight kekgi. Pukul 9.10 malam, orang Maidam panggil untuk check in.

Dari tadi lagi sebak dalam hati, akhirnya menangis jugak bila tiba saat berpisah tu. Ye la, kami berdua je perempuan dalam family. Kalau nak gaduh berebut skaf, tudung, mesti dengan dia. Duk berebut suruh basuh pinggan, jemur kain, sapu rumah dan simpan pinggan pun dengan dia. Nanti, kak buat sorang diri, tidur pun sorang diri la dalam bilik. Tak de lagi bedtime stories sebelum tidur. Uwaa, rasa lambat sangat nak tunggu setahun. Menitik lagi air mata ni. Hish! Habis  teringat macam-macam kenangan tahun ni

Umrah dan ziarah Jordan
Alhamdulillah, kita sempat menjadi tetamu Allah pada bulan 3 awal tahun baru ni. Pengalaman paling manis dalam hidup bila dapat jejakkan kaki di bumi kecintaan Rasulullah s.a.w dan solat di sana. Rindunya haramain. Moga dimurahkan rezeki untuk pergi ke sana lagi.

Alhamdulillah, walaupun tak menetap lama di Jordan macam Dah loni, tapi sempat jugakla kak pergi sana. Rasa nak gi waktu musim sejuk, nak main salji.


Buat biskut raya
Tahun ni mengamuk buat biskut raya. 7 jenis semuanya, maklumlah lepas ni tak sure kita free tak untuk buat semua tu sebab masing2 dah masuk U. Bila adunan tu tak menjadi, pakat main aci tambah je benda hok rasa patut tambah. Tapi at last, menjadi jugak kan mama caries dan biskut nestum kita :)



Ambik lesen kereta 
Part yang banyak kenangan. Kongsi kesedihan sama-sama bila kena marah dengan cikgu sebab tak pandai kawal klac, hinggakan kereta sokmo mati dekat lampu isyarat. Alhamdulillah, penat lelah kita belajar kereta sepanjang bulan Ramadhan ni, berbaloi. Lesen dah ada, tapi takut-takut lagi nak drive. Satu lagi, takdir Allah, semua result untuk kedua-dua test tu, kita dapat markah sama. Waku ujian teori berkomputer dan test dengan JPJ kat jalan tu. Allah tok se bagi kita jeles adik beradik ni.

 ..........................................................................
Ok lah, tak leh sedih lama-lama. Jauh di mata, dekat di hati. Ni baru berpisah sekejap, bukan berpisah untuk selamanya. Mati itu pasti, kena ingat tu. Perpisahan akan terjadi jugak nanti. Sama ada kak pergi dulu atau Dah pergi dulu. Insya Allah, mohon rahmat Allah agar dapat berjumpa di destinasi yang sama nanti, iaitu jannatul firdaus.

Jaga diri molek Dah. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak. Doakan kak jugak, moga dapat graduate jadi doktor muslimah 5 tahun lagi. Kita grad skali deh, biar Dah grad awal daripada kak pun. Kita balas jasa abi umi.



I love you, my sister
More than I could ever describe
Even though you're far away
you're still in my heart
And I’m thankful everyday
That you’re in my life


Saturday, 10 September 2011

1st impression- UIA Kuantan

Alhamdulillah. Just finished ta'aruf week for new intake UIA Kuantan. What a relief. Ta'aruf programme just only 3 days. Thanks to all commitee members. 1 month works for 3 days programme only. May Allah bless you all.


Bi'ah Solehah UIA
Ramai orang kata sangat susah nak jumpa suasana Islamik bila masuk alam kampus ni. Tapi, rasanya persepsi tu berubah bila masuk UIA. Sangat teruja bila dalam sesi bai'ah (compulsory for all IIUM students) depan rektor UIA, it is included with Islamic perspectives such as perform 5 daily prayers regularly, cover aurah properly, and observed a good Islamic manners between men and women. Mungkin ada yang tak tahu, bai'ah tu bukan sekadar main2. Ia adalah perjanjian kita dengan Allah jika kita mulakan sesuatu tu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Buka sirah kisah bai'ah ridhwan dan perjanjian hudaibiyyah.

UIA values the Quran
Hari Jumaat kelmarin dulu, ada Tilawah Test. Sesiapa yang masih belum lancar mengaji Al Quran wajib masuk kelas ni sebab ia ada pointer. Jadi, insya Allah, dengan program sebegini, semua graduation daripada UIA ni pandai mengaji. Semalam pula ada ujian Quran untuk program tahfiz. Ujian ni macam ujian nak masuk DQ, kena hafal 1 m/s dalam masa setengah jam. Harap-harap lulus untuk masuk kelas tahfiz ni. Dapat juga ulang balik hafalan yang dah lama berkarat sebab tak mengulang. Lagipun, teringin juga nak sambung menghafal sampai 30 juzuk. Allahumma yassir wa la tu'assir.

Mahallah At Tabari @ Franky
Part ni macam sedih je nak cerita. Kami budak baru yang freshies ni terpaksa tinggal di mahallah di luar pagar UIA. Walking distance dalam 30 minit, tambah pula dengan kereta laju-laju. Very scary. Mahallah ni pun tersangatlah baru lagi, segala facilities belum cukup lagi. Keperluan asas macam ampaian dan washing machine pun tak cukup lagi untuk tampung kami yang beratus-ratus orang ni. Hopefully, it'll be provided soon. 

Budak UIA ramai kahwin awal


Topik yang sangat famous kat UIA ni. UIA ni satu-satunya U yang sedia pinjaman RM 1000 for each spouse to married. Tambah pula, UIA ni ada sediakan kelas family management and parenting. Jadi, siapa yang nak buat persediaan untuk masa depan nanti, bolehlah register kelas ni.. Bagus apa kahwin awal, dapat elak fitnah. Tapi, sebelum bina baitul muslim tu, kukuhkan dulu fardul muslim. Bila tapak kuat, insya Allah binaan tu akan teguh.

Some pics from here..
Gambar di dewan kat bangunan admin. 3 hari straight pakai baju batik.
Snap gambar bilik. Compartment je. Mula-mula tu rasa macam tak syok sangat duk dalam compartment yang agak open ni. Tapi bila dengar ucapan daripada Campus Director UIA Kuantan, Prof dato'Dr Kamaruzzaman, mungkin bagi orang susah rasa sangat beruntung dan happy dapat duk asrama sebab ada katil, almari dan meja study sendiri. Mungkin kat rumah, mereka tak ada katil. Tidur atas tilam je. Moral of stories, bersyukur dengan apa yang ada daripada tak ada langsung.

Waktu senam aerobik di kompleks sukan. Tapi, sedikit tak puas hati sebab baju T shirt tu tak labuh mana macam kat CFS dulu.

Last but not least, study hard and study smart. Believe in ourselves and pray for strength from Allah. Just be ourselves, don't imitate the style of others if we do not bear with it.

# Homesick bila seminggu di Kuantan ni. Nak balik, tambah2 pula my only sister nak fly ke Jordan 14 Sept ni.

Sunday, 15 May 2011

SeLaMaT HaRi GuRu !!!

Buat guru-guru yang dikasihi, sedikit coretan sebagai tanda ingatan daripada anak didikmu ini:


Dulu cikgu pernah marah saya sebab malas belajar, kena cubit sebab tak siapkan homework, saya sedih. Tapi sekarang baru saya tahu, cikgu nak saya berjaya dalam hidup

Dulu warden pernah denda saya sebab saya masbuq solat jema’ah di surau, saya malu. Tapi sekarang baru saya tahu, warden nak didik saya jadi hamba Allah yang taat.

Dulu ustaz pernah marah saya sebab malas hafaz Quran, lambat pergi tasmi’, liat nak mengulang Quran, saya sedih. Tapi sekarang baru saya tahu, ustaz nak saya jadi huffaz Quran

Dulu ustazah pernah tegur saya tentang sikap saya supaya hormati guru dan orang lebih tua, saya sedih sangat. Tapi sekarang baru saya tahu, ustazah nak saya jadi orang yang berbudi bahasa

Dulu cikgu pernah tegur saya sebab tak pandai jaga masa antara study dan tanggungjawab. Sekarang baru saya tahu, cikgu nak saya jadi orang cemerlang

Dulu cikgu pernah marah saya sebab lambat masuk kelas, saya sedih. Tapi sekarang baru saya tahu, cikgu nak didik saya jadi orang yang berdisiplin

Terima kasih cikgu,
Kini saya sedar,
Marah dan teguran itu bukan kerana benci, tapi untuk mendidik,
Kau tabah dalam susah,
Tetap mengajar walaupun penat,
Demi masa depan anak didikmu,
Terima kasih cikgu !

Ya Allah,
Saksikanlah guruku yang banyak berjasa,
Mencurahkan jasa dan bakti saban waktu,
Dirimu tabah walaupun diuji,
Apa yang kau lakukan tiada paksaan,
Tapi semuanya atas rasa kasih dan setulus kejujuran,
Terima kasih cikgu !

Engkau umpama air yang mengalir,
Tenang dan lembut sekali,
Andai hatiku retak berkecai, kau cantumnya kembali,
Andai diriku rebah hilang tujuan, kau bangkitkan ia dengan kata nasihat,
Terima kasih cikgu !

Ya Allah, Ya Rahim,
Engkaulah sebaik-baik pemberi rahmat,
Dengan rendah diri kami memohon padaMu Ya Allah,
Ampuni dosa-dosa kami, dosa guru-guru kami,
Berkatilah hidup mereka,
Permudahkan urusan hidup mereka,
Kerna mereka insan yang banyak berjasa

SELAMAT HARI GURU..
buat semua guru yang pernah mendidik saya supaya jadi insan berguna: para pendidik Imtiaz Dungun, UIA, SK Pusat Jerteh, SK Darau dan Tabika Kemas. Dan tak lupa buat Ummi Abi yang juga guru sepenuh masa hidupku. Terima kasih atas segalanya. Doakan kejayaan dan kebahagiaan anak didikmu ini.


Video yang dibuat sempena hari guru tahun lepas. Hajat nak attach skali di blog ni, tapi internet tersangatlah slow. Jadi bleh tekan sini kalau nak tengok. (^_^)

Sunday, 1 May 2011

obses pada buku



Alhamdulillah. Sabtu baru ni sempat juga shopping di bookfair di PWTC. Allah, ramainya orang di sana. Terpaksa bersesak dengan orang ramai untuk memilih buku. Lepas ni, kalau sesiapa nak pergi bookfair, pastikan decide awal-awal buku yang nak dibeli dan tulis penerbitnya sekali sama ada PTS, Karangkraf, Telaga Biru atau publication lain untuk memudahkan kita nanti. Percayalah, masa tu sangatlah susah kalau baru nak pilih nak beli buku apa. Rambang mata sebab semua buku nampak best, tambahan pula harganya murah hingga ada buku dapat diskaun hingga 30%. Wow, teruja!


Antara buku yang dibeli. Tapi buku Sutera Bidadari ni tolong belikan untuk sahabat jauh di Kelantan, peminat tegar novel. Banyak juga belanja di sini, tapi saya akan pastikan buku yang dibeli ini tak sia-sia. Berazam untuk baca buku ini waktu terluang dan masa cuti panjang nanti, dengan harapan ilmu yang dapat daripada buku-buku ini boleh meningkatkan iman, memperkasa diri dengan tips dari Al Quran, menjadi mukmin profesional dan belajar gaya menulis dari Hlovate. Moga dipermudahkan Allah. Membina harapan memang mudah, tapi merealisasikan itu sangatlah susah. Ia memerlukan segunung kesabaran dan kecekalan, bukannya sekadar berpeluk tubuh dan goyang kaki sahaja. Kalau nak dapat segulung ijazah, kenalah belajar sungguh-sungguh. Kalau nak masuk syurga, kenalah ikhlas beramal dan tingkatkan ibadah. Itulah sunnatullah kehidupan. Jadi, manfaatkan masa sebaiknya dan kalahkan nafsu dalam diri yang sukakan rehat, tidur, bersembang, fb, dan main game untuk realisasikan misi: tingkatkan thaqafah dalam diri. Tak lupa untuk ucapkan  terima kasih buat semua sahabat dan family yang memberi galakan dan suggestion buku untuk diri ini bina kekuatan agar tabah berdikari pada masa depan nanti. Kalian yang menjadi penguat semangat sewaktu diri rasa lemah tak berdaya. Terima kasih semua. 

Antara buku yang sempat dihabiskan sewaktu short sem ni. Maklumlah, wiFi tak dapat di UIA. Jadi, masa banyak dihabiskan dengan buku sahaja. Tapi ingat, ilmu tanpa amal langsung tidak bermakna. Umpama pokok yang tidak mampu mengeluarkan buah, tidak membawa manfaat pada sesiapa. Antara 7 ciri ilmu bermanfaat menurut Hujjatul Islam Imam Ghazali r.a ini iaitu ilmu yang dapat:
  • menambahkan rasa takut pada Allah
  • menambahkan penglihatanmu akan keaiban diri
  • menambahkan ma'rifat dalam ber'ibadah (keseronokan ketika ber'ibadah
  • menambahkan rasa cinta pada akhirat
  • kurangkan rasa cinta pada dunia 
  • membuka pintu hati untuk kenali penyakit amalan sehingga kita dapat menjauhinya
  • menambahkan penglihatanmu terhadap tipu helah syaitan.


Menyahut seruan kerajaan. CINTAI BUKU: Dunia tanpa sempadan.  Tapi, saya rasa realiti di Malaysia, budaya cintai buku tenggalam dalam budaya mengagungkan artis. Artis dipuja, kisah hidup mereka dijaja di setiap media. Hinggakan anak-anak muda sekarang lebih mengetahui kisah hidup Justin Bieber berbanding sirah perjuangan pahlawan terbilang Salahuddin Al Ayyubi. Anak-anak kecil lebih mengenali Lady Gaga berbanding mengetahui siapakah Ummahatul Mukminin isteri- isteri Rasulullah. Inilah realiti anak-anak Malaysia yang lebih terdedah dengan arus dunia tanpa sempadan. Buat para ibu bapa, didiklah anak-anak dengan acuan Al Quran dan As Sunnah agar mereka mampu menjadi saham untuk dunia dan akhirat. Tertarik dengan kisah hidup bob lokman dalam buku Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali. Salah satu sebab penghijrahan Bob Lokman ialah cabaran untuk mendidik anak-anaknya di tengah kota yang jika tak dipagar rapi, akan diterkan oleh serigala kota yang buas. Doanya saban waktu, mengharap dan memohon pada Yang Esa: " Ya Allah, janganlah kamu matikan aku dalam keadaan anak-anak ini akan mendatangkan fitnah padaku. Berikan aku kekuatan dan segudang kesabaran untuk mendidik mereka". Satu kisah contoh yang harus diambil iktibar oleh semua lapisan masyarakat. Ya, hidayah Allah boleh datang bila-bila masa sahaja dan untuk sesiapa sahaja. Umar Al Khattab yang begitu kuat menentang Islam akhirnya mendapat hidayah sehingga digelar Al Faruq. Khalid Al Walid yang menjadi penyebab utama ramai tentara Uhud yang gugur syahid akhirnya mendapat sinar hidayah sehingga digelar Saifullah. 

Tinggal kita sahaja lagi untuk menerobos kisah hidup Nabi ini dengan banyakkan membaca dan mendalami sirah hidup baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jom obses pada buku.