Wednesday, 25 March 2015

Alhamdulillah ^_^

Alhamdulillah thummalhamdulillah :).

Debaran 2 minggu berakhir dgn sekeping gambar ni. Senyum sampai telinga sampai hangit goreng ayam. Haha. Sibuk sgt melayan wassap :)

"Every successful person has a painful story & every painful story has a succesful end. Learn to accept pain & prepare for iltimate success"- Mufti Menk. 

10 minggu posting yg byk pahit manis yg macam2, tapi sekarang semua manis yg terakam. Terima kasih Allah didik aku untuk kaya dengan pengalaman mengurus dan menghargai masa. Dan terima kasih pada semua yg mendoakan mengiringi kejayaan kali ni. 

#Terima kasih abi umi. Sentiasa ada tym suka dan tym nangis :)
#Terima kasih my lovely sister sokmo layan kak wassap kul 2-3 pagi tu, teman kak study dan settle keje2 research.
#Terima kasih k ain, acik, dilah, qlah, trah, kak tiah, uda, k mun, wa dan semua isteri2 solehah yg ada waktu sy tunggang terbalik. Terima kasih Allah hadirkan girlfriends istimewa ini..

But, it's still long journey to go. 
August 2016; Dr Najah Solihah Mohd Hamdan, insya Allah biiznillah.

Prepare for next posting, orthopaedic!!
And prepare for other things too. Good luck for me ^_^

Alhamdulillah 'ala kulli halin wani'mah. 

Monday, 16 March 2015

target cuti

Cuti tinggal 11 hari lagi. Means lagi 11 hari nak masuk orthopaedic. Takde honeymoon dah.

Target cuti:
1. Ngulang juzuk 11, 12. Tak lah kalut sangat untuk kelas tasmi' bukak blok nanti.
2. Chapter 23 Apley's Ortho.
3. Asah skill memasak yg berkarat.
4. Brownies cheese cake
5. Tebuk hafazan Quran adik2. Haha, nasib lah dpt kakak yg skema dgn ngafal Quran ni. Kakak diktator. Hua3 (Fahim juzuk 1-5. Kamil juzuk 30, 1).
6. Buku Ulama' dlm Sorotan Perjuangan Kemerdekaan
7. Update isu GST
8. Fiqh Nikah

"Berjanji dengan diri sendiri untuk tidak abaikan masa". Tagline cuti ni.

#waktu ni 4 tahun yg lepas, kami tengah berada dalam Masjidil Haram. Baca Quran sambil memandang Kaabah. Bahagia. Rindu T T...

#20hb Jumaat ptg ni, result exammmmm. Berdebar dub dab. Ya Allah, rezekikan kami kejayaan.
Bergambar dengan unta di Jabal Rahmah. Tempat significant doa tentang jodoh. Tapi x tw p value more or less than 0.05. Haha, penangan commed.  

Wednesday, 11 March 2015

ummi sayang


Sanah helwah ummi sayang. Terima kasih tokwan tokki sebab lahirkan ummi hingga ummi menjadi ibu yg sangat baik untuk kami 8 beradik. Moga kita berkumpul di syurga, insya Allah.

Alhamdulillah selesai exam posting fammed n commed pagi td. Doa dan tawakkal. Moga result yg baik 20hb ni biiznillah.

Cuti 2 minggu. Niat macam2 dah.

Aim for the stars in the sky, at least dapat naik aeroplane :D

Sunday, 15 February 2015

perginya permata Islam

Teringat sewaktu Muktamar PAS ke 59 di Taman Melewar 2 tahun lepas, almarhum tok guru nik aziz berseloroh, "muktamar kali ni ambo ada lagi, pahni mungkin tak dok doh. Apapun, perjuangan PAS tetap kena teruskan untuk daulatkan Islam". Inilah perjuangan atas dasar akidah, bukan atas sebab individu.

Setiap kali baca ayat ni, teringat ayahanda2 yg byk mengajar tarbiyah kehidupan. Mereka sudah selesai, kita mcm mana? T T. Selamat berehat almarhum ayahanda TGNA. Sesungguhnya, mati itu kerehatan sebenar bg org beriman.

"Di antara orang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun (Al Ahzab: 24).

Allahummakhtimlana bihusnil khatimah.

Minggu ini, hidup kembali 'normal'. Moga masa lapang yang ada tidak melalaikan aku, Ya Allah. Dan kuatkan mereka yang  sibuk dengan urusan agamaMu. Saksikanlah mereka ini yang penat lelah tanpa pedulikan pandangan manusia demi mengharapkan redhaMu Tuhan.

Supaya baki umur ini tak sia2. Agi idup agi ngelaban!



Friday, 30 January 2015

fasobrun jamil..

Bagaimana harus kubuang tekanan ini pergi?
menjerit pada dunia aku ini sedang tertekan?
telefon kawan mengadu lemah mengendong beban?
ataupun makan makanan kegemaran berpinggan-pinggan?
mahu campak ke gaung, laut ataupun hutan?
arghhh, kenapa emosi yang menjadi tuan?
aku ini punya iman,
aku ini hidup bertuhan,
kepada Dia sebaik pengharapan,
hanya Dia pemberi keikhlasan,
yang akan membuka pintu hikmah ketenangan
tenang yang setenang-tenangnya.

"Ask forgiveness from your lord, then turn towards Him in repentanceHe will loosen the sky over you in abundance,and He will add strength unto your strength." - (Hud 11:52) 

Fasobrul Jamil ..

Inspirasi yang sesuai untuk orang yang macam kepala di bawah, kaki kat atas :/

Sunday, 7 December 2014

buat sepenuh hati

Taqwa itu hati-hati.
Tapi memahami taqwa itu juga adalah dengan BUAT SESUATU ITU SEPENUH HATI.

Seorang ibu cemerlang berkongsi tips, "apabila saya balik ke rumah, SEPENUH HATI saya untuk anak-anak dan suami".

Bagaimana cara nak buat sesuatu itu dengan taqwa,dgn sepenuh hati?
1. hadirkan NIAT. 'alallah, aku buat itu ini untuk redhaMu Allah.
2. beri FOKUS dan TUMPUAN sungguh2.
3. setiap apa yang kita buat ada HUBUNG KAIT DENGAN ALLAH.



Inspirasi bermakna untuk malam ini. Iaitu taqwa itu buat sepenuh hati.

Baca Quran sepenuh hati.
Memasak sepenuh hati.
Belajar sepenuh hati.
Shopping pun sepenuh hati jugak k? Hee :)

#mak saudara masuk wad sebab diabetes. Terus rasa tanggungjawab untuk faham dan hadam CPG diabetes, insulin preparation dll. Oleh sebab kata mujarab hari ni adalah BUAT SEPENUH HATI, saya nak buat sepenuh hati. Bukan saja faham CPG, tapi baca jugak fiqh medic tentang puasa orang diabetes. Dos macam mana nak cucuk insulin supaya takde hypo or hyperglycaemia.. Tanggungjawab sebagai doktor muslim untuk tahu.

Ya. Apa pun kita buat, buat sepenuh hati !

Wednesday, 3 December 2014

projek cuti

Semalam dapat stesen 'rest' untuk stesen last exam OSCE. Sambil nak tunggu doctor announce, "okay student. Exam is finished. You all may go out", sempat conteng2 tangan planning untuk cuti punya wishlists :)

I'm responsible to start acting to create the life of my dreams;

1. I want Al Quran in my heart. Masyi.
2. I wanna be like 'Aisyah Humaira r.a. Faqih agama.
3. I wanna be a good and safe doctor. 
4. I wanna be good at kitchen. Memasak tu bukan hobi, tapi kemestian!
5. Fit & healthy. An apple a day, keep doctors away :)

Wishlist is all about NIAT; To be a good Muslimah, hafizah, doctor, and wife-to-be. Moga Allah lorongkan jalan. Setiap amalan itu bermula dengan niat.

# 15hb start posting Forensic di Hospital Melaka. Last mission; posting sambil jalan2 keliling Melaka, makan di Umbai (kecur air liur :).

Saturday, 29 November 2014

usaha dulu!

Lusa final exam specialized posting. 
Opthal, anaest, radiology, dermato and ENT. Fuuh. 

BACA dan USAHA dulu. Soal INGAT atau FAHAM itu milik Allah. 

Moga masa yang singkat ini BERKAT. 


Saturday, 22 November 2014

memaknai Alhamdulillah

"Assalamu'alaikum. Pak cik nak ke mana ni?", kelam kabut aku dan seorang lagi kawan menghampiri seorang pak cik yang terkial2 gerakkan kerusi rodanya di tepi jalan besar depan Kuantan Parade.

"Wa'alaikumussalam. Pak cik nak gi hospital ni haa. Pagi ni ada physiotherapy", senyum je pak cik ni.

"Mai kami tolong bawak pak cik. Pak cik duduk kat mana dan duk dengan siapa?", soalku memulakan perbualan. Jauh jugak nak gi dari JHC (Jalan Hospital College) nak gi HTAA. 

"Pak cik duk sorang2 je. ni pun kena naik 2 bas untuk datang hospital ni".

"Oh ye. Makan pakai pak cik macam mana? Kehidupan seharian pak cik dalam keadaan pak cik tak leh berjalan ni?". Enthusiastic nak tahu.

"Alhamdulillah. Macam tu lah. Allah hantar kawan2 dan jiran2 yang baik sekeliling pak cik ni. Alhamdulillah", aku pandang muka pak cik ni sungguh2. Seolah nampak keikhlasan pak cik ini mengucap Alhamdulillah. Seolah2 Allah sedang memberi pengajaran pada kami melalui pak cik yang tidak sempurna kedua2 kakinya. 

Banyakkan ucap Alhamdulillah, walaupun di minda kita manusia ni kelihatan kurang tak sempurna.

Dan sebelum berpisah, kami minta nama dan no telefon pak cik ni. Boleh kami plan untuk ziarah pak cik lepas ni. Kami tinggalkan pak cik ini kerana kami tahu, Allah sentiasa ada untuk menjaga pak cik. Kerana kami tahu pak cik hidup dalam kehidupan yang benar2 memaknai Alhamdulillah. 

"Di sebalik setiap ujian Allah itu, pasti ada pintu rahmat lain yang terbuka". 

Terima kasih pak cik mengajar saya untuk memaknai ALHAMDULILLAH..


Setiap pagi, tak perlu kita berdoa;

Ya Allah, jadikan pancreas aku berfungsi pagi ini supaya insulin dapat control blood sugar dalam badan,

Ya Allah, jangan bagi heart beat aku berhenti agar blood sentiasa dipam ke vital organ agar aku tak stroke.

Ya Allah, biarlah neuron2 di sel mata ini berfungsi sempurna agar aku dapat melihat sempurna.

Kita tak perlu doa sebegitu. 
Kerana Allah memberi tanpa perlu kita meminta. Betapa Ar Rahim nya Allah. 

Say Alhamdulillah and mean it!

Wednesday, 19 November 2014

Let's vote!

Today is the day. Voting Day. The most exciting General Election of SRC because we have 3 candidates for Kulliyyah of Medicine. So, no one that won uncontested for this year.

So, let's do our responsibility; VOTE! Even today classes are quite full, but arrange time wisely. So that, we can be part of the history :)

Make your voice heard. Good luck my bestie friend Fadhilah and also smart brothers: Syahir n Jai. You all are excellent! 

Choose wisely !