Thursday, 20 August 2015

sebulan menjadi isteri

Alhamdulillah wa syukrulillah. Hari ni genap sebulan menjadi isteri. Doakan kami. Semoga baitul muslim ini dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah berpanjangan. Dan moga Allah permudahkan cabaran untuk menjadi isteri dan pelajar perubatan tahun akhir. 

Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya, Saiditina Fatimah Azzahra dengan Saidina Ali bin Abi Talib r.a:
"Semoga Allah menghimpunkan dari keduanya, 
memberkati mereka berdua, 
meningkatkan darjat keturunan mereka, 
menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah,
serta pemberi rasa aman bagi ummah"

"Kekurangan itu bukan kelemahan. Tapi, ia adalah sesuatu untuk ditampung oleh orang lain". Ayat frst yang dikongsi oleh suami waktu awal2 bertunang dulu :). Insya Allah, moga Allah sentiasa berkati kami untuk saling mengisi ketidaksempurnaan kami. 

Friday, 10 July 2015

tokwe dalam tulus doa


22 Ramdhan, tokwe kesayangan kembali ke rahmatullah. Pergi yang takkan kembali sepertimana arwah tokki dulu. Tapi aku yakin, tokwe dan tokki pasti bahagia melihat anak2 menantu2 yang sangat menyantuni mereka sepanjang hayat yg ada. 

Tokwe, tokki..
Najah sebagai cucu sangat tersentuh, kagum, dan sebak melihat betapa cinta dan kasih anak2 menantu2 tokwe menjaga tokwe yg sakit terbaring 24 jam di atas katil. Segala-galanya lengkap. Penjagaan yg rapi, kasih sayang yang tulus, berlembut sangat. Najah yakin, walaupun tokwe tak boleh bercakap, tapi hati tokwe pasti bahagia kerana berjaya melahirkan dan mendidik 10 orang anak yang mencontohi akhlak Rasulullah dlm menyantuni ibu bapa. Air mata menitis melihat anak2 menantu tokwe yang memandikan tokwe sehingga selesai urusan kebumi tokwe ke liang lahad. Pagi jumaat yang sayu itu, kami semua melihat jenazah tokwe yang dibaluti kain kapan putih dimasukkan ke dalam tanah. Sungguh, kematian itu sangat menginsafkan. Bersedirian tanpa sesiapa, cuma 'amal soleh saja peneman dan pemberi cahaya di alam sana. 

Teringat kenangan waktu jaga tokwe di hospital; tokwe akan betulkan ayat Quran yg aku salah baca. Byk bnde tokwe x berapa ingat, tp ayat2 Allah tetap kekal walaupun tokwe tgh sakit. Dan sepanjang waktu tokwe sakit, ramai anak2 usrah tokwe datang ziarah. Ukhuwah kuat sampai ke tua. Najah kagum dgn tokwe T T

Teringat kenangan sebulan lebih duk dengan tokki tokwe sepanjang abi umi tunaikan haji. Najah waktu tu darjah 6. Tempoh yang memaksa abe, abe imi dan najah uruskan adik-adik yg kecil lagi; adik Kamil umur 3 bulan, Fahim umur 2 tahun, dan Musa umur 4 tahun. Waktu tu, tokwe dan tokki la yang jadi pengganti umi abi. Teringat macam mana tokwe tegur najah yang solat cepat sebab nak tengok cerita Rosalinda. Teringat macam mana tokki pernah nasihat jangan berkeras sangat dengan adik2 lepas tokki tengok najah marah Fahim Musa yang kuat merajuk dan menangis. Setiap kali lepas solat, tokwe tokki takkan bagi buka TV selagi kami adik beradik tak baca Al Quran. Walaupun cuma tempoh sekejap, tapi sedikit sebanyak dapat jugak merasa bagaimana tokwe tokki mendidik anak2 10 orang untuk menjadi insan yang mulia akhlaknya. Mungkin lepas ni, boleh dengar cerita dari mak saudara dan pak saudara tentang kebaikan dan ketegasan tokwe tokki dalam mendidik anak2.

"Menjaga ibu bapa bukan satu taklifan (tanggungjawab), tp ia adalah tasyrifan (kemuliaan)"

Dan aku sangat terinspirasi dgn kebaikan ayah zin, Dr Wan Razin Wan Hassan dan teh, Dr Tuan Norizan Tuan Mahmud yg sangat mengambil berat urusan kesihatan tokwe supaya hemodynamically tokwe stabil, uruskan luka bed sore tokwe dan pastikan kondisi tokwe selesa walaupun sibuk dengan tugasan di hospital. Siap lengkap dgn jadual pengurusan bonda nik zahrah seawal jam 6 pagi hingga malam sebelum tidur untuk memudahkan anak branak lain tolong jadi nurse utk jaga tokwe, cucuk insulin, cek BP, kira pulse dll. Insya allah, moga aku mencontohi sikap ayah zin dan teh untuk jadi doktor pakar yg bukan saja berbakti utk ummah, tp sgt prihatin menyantuni ibu bapa.

Kami pasti merindui tokwe dan tokki... Al Fatihah

Friday, 5 June 2015

wanita muslimah berilmu

"Lah, jom kita jadi aset KOSTAQ (Kolej Sains Teknologi Al Quran). TG Haji Hadi takkan susah payah fikir idea nak tubuhkan kostaq tu saje2. Pasti TG nak lahirkan anak2 kostaq yang pakar dalam sains dan dapat manfaatkan untuk Islam jugak. Saya bidang medical, dilah bidang syari'ah dan kita cari budak law syari'ah. Kita bergabung untuk buat projek ni", semangat berkongsi idea dengan Ustazah Adilah, kawan baik Imtiaz dulu.

Semua ni inspirasi selepas seminar triple IO hari tu. Dapat idea dari Dr Hasbullah, "betapa kurang wanita muslimah hari ini yang pakar dalam fiqh wanita, specifically yang mana berkaitan dengan bidang perubatan. Sebabnya perempuan hari ni makin lagha dengan drama romantis tv3, cerita korea dan novel2 cinta. Kalau yang suka membaca pun, suka baca bahan bacaan ringan, bukan benda2 berat macam ilmu feqah ni. Sedangkan feqah kehidupan ni satu kemestian!". 

Dalam hati, aku mengangguk laju. Memang itu realiti dunia wanita hari ini. Suka bergosip tentang cinta, baju, tudung drama dan fesyen macam2. Jarang sangat nk sembang benda2 berat. 

.....................

"Dalam Alquran, perempuan diibaratkan sebagai ladang. Sehebat apapun benihnya kalau ditanam di ladang yang kering dan gersang, takkan tumbuh pohon yang segar dan hebat. "

Al -Ummu madrasah Al-ula. Ibu adalah madrasah pertama bagi anak-anaknya. Sama ada berkerjaya atau jadi suri rumah tangga, wanita itu wajib berpendidikan tinggi kerna dia akan menjadi ibu, madrasah pertama mendidik anak2 jadi orang mulia dunia akhirat". 
.......................

Biiznillah, persiap diri dari sekarang. Hujan itu rahmat. Doakan kami. Moga satu hari nanti, kami mampu menjadi rahmat pada bunga2 agama yang lain. Persiap diri untuk menjadi wanita muslimah yang kaya ilmu persis ummahatul mukminin aisyah humaira'.  

Apa guna hebat dan pakar dalam bidang kita kalau tak kembalikan untuk Islam. Biiznillah

Thursday, 4 June 2015

last day

Happy face after last class with Mr Zam, our mentor. Esok last kelas, means tinggal 9 hari lagi nak exam final ortho. Oh tidaaaak. Banyaknya nak study, nak kena practise clinical examination lagi. Ya Allah, permudahkan jangan Engkau susahkan.. Dan rezekikan kami semua kecemerlangan untuk posting ni.

Ok, malam ni siapkan semua case summaries, oncall sheet dan logbook untuk hantar esok pagi. Dan study untuk seminar 'Hand' Prof K. Good luck to me. Focus najah :)


"Umat Islam harus cemerlang,
 hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh, 
kita ada Allah Maha Kuasa, 
kita punya kuasa tenaga, 
doa sebagai senjata, 
umat Islam sentiasa boleh"

X0

Friday, 22 May 2015

a wife of paraplegic man

Alhamdulillah, done with all fours seminars for this week. Hectic. Tapi selalu pujuk diri, don't put a limit and treshold for yourself because i'm afraid i can't go through the bigger challenge awaiting me after this. Robbi yassir wa la tu'assir.

I love to share about my seminar of Islamic Input In Orthopaedic (Triple IO) on Monday. It's about munkahat. The question is about a paraplegic man with sexual dysfunction dealing with his life after marriage (paraplegic= Complete paralysis of lower half  body including both legs atau bahasa mudah stroke 2 kaki).

They also invite Ustaz Dr Hasbullah to guide us in some issues related with fiqah. After present, ustaz Hasbullah will comment and add up some more informative things. I love this words; 'Akad nikah is not only a contract between husband and wife, but also a contract with Allah. So, this why munakahat is one of the sunnah and 'ibadah, It's about halal, haram, sunnah, makruh and harus. And also, marriage is not only about love, but marriage is about making ummah". 

Nikah is the most highest tawakkal. From know nothing to share everything with him or her. But what's so special about nikah is a touch of hand during 'akad, Allah naturally give the feeling of sakinah, mawaddah wa rahmah for a married couple. This is why the word Islam itself means salim (safety). Marriage provide safety, calmness for married couple. It's not only to fullfill the fitrah, but also to provide safety until jannah"


Ok, regarding this case, how about the fate of her wife? Either she choose to be loyal as Rahmah, the wife of Prophet Ayub? Or she deserved for her own better life and children? The choice is on the wife. But Islam always provide alternatives. Syari'ah has its Islamic Family Act which are; fasakh and khuluk. 

So, what is fasakh and what is khuluk? Thanx Najihah Abu Bakar, a Muslimah lawyer to be :)

Isteri mangsa MH370 tu pun boleh minta fasakh based on undang2 ni. Islam itu sangat memahami, sangat adil. This is the beauty of Islam.

Thursday, 21 May 2015

jangan henti melangkah

Minggu2 akhir ortho yang sangat serabut. Saja nak tagih kasih sayang kawan sorang ni.. Tapi mak aiii, garangnya cik kak sorang ni. Apapun  terima kasih kawan :)



Jangan henti melangkah hingga kaki kita menjejak syurga..

Thursday, 14 May 2015

kakak cantik miskin :)

Balik hospital tadi, singgah kejap 7E nak beli topup. Duit ada cukup-cukup 32 ringgit. Plan nak beli topup internet rm30 plus roti twiggies rm1.80 untuk breakfast pagi esok.

Cashier: Dik, duit tak cukup ni. Topup sekarang 31.80. GST 6%.
Aku: Mahalnya topup. 1.80 sen boleh beli air kat nasi kukus mama sebelah ni (Merungut geram dengan GST). Ok lah, saya cancel roti tadi. Saya nk topup je.

Aku pun pusing belakang nak letak balik roti kat rak. Tiba2, terperasan adik comel istimewa yang baru je aku jumpa di klinik ortho kelmarin. Adik ni ada sakit ADHD, Attention Deficit Hyperactive Disorder.

"Aapppaaa, kakaaak cantik ni miskin tada duit. Appaa bagi la kakaaak ni duit". Lambat lambat adik ni bercakap, tapi boleh je faham.

Dan ayah adik comel ni pun suruh aku letak balik roti tu di kaunter bayaran dan tolong bayarkan roti twiggies aku ni sekali dengan barang2 dia.

Sebelum balik, adik comel ni bye bye & sempat flying kiss.

"Bye bye kakak miskin".

Oh. Tadi panggil kakak cantik, sekarang dah jadi kakak miskin. Haha. Terima kasih adik hiburkan hati kakak cantik miskin ni yg tengah lara ni...
Selfie dgn adik comel di klinik. Moga sihat membesar jadi anak baik, orang berjaya ye dik.

Thursday, 23 April 2015

masa depan..

"4 weeks in orthopaedics means your knowledge must be already 40%"-Mr Shuk.

Telan air liur sendiri. Makin banyak belajar, rasa diri makin tak tahu T T..

Hidup makin tunggang terbalik. Balik hospital, terus tidur kepenatan. Pukul 12 baru bangun. Bertembung dengan kawan2 posting lain yg gosok gigi nak tidur, tapi budak ortho baru siap diri nak baru nak mulakan malam :). Bertabahlah wahai diri. Ortho betul2 melatih diri untuk jadi houseman. Beginikah nasib hidup tahun2 lepas ni? Robbi yassir wa la tu'assir.


Bila fikirkan kehidupan masa depan, pasti jiwa akan rasa keluh kesah tak tahu nak fikir mula dari mana. Bagaimana kehidupan selepas kerja houseman dan berkeluarga nanti? Di mana aku bekerja? Rumah kat mana? Berfikir tanpa rasa kebergantungan pada Dia akan menambahkan lagi resah gelisah.

Wa la takilna ila anfusina torfata 'ain. Wahai Tuhan, jangan Kau biarkan aku sendiri merancang masa depan. Istiqomah solat hajat dan solat istikharah dari sekarang. Moga keresahan ini membuatkan doa kita lebih tulus, lebih berserah dan lebih terasa kerdil jiwa kehambaan.

Whenever i start worrying too much about life and futue, i"ll try remind myself that my destiny is already written. Whatever Allah has decided will surely come to pass. Worry end when faith begins. Pray! Allah is listeing.

Friday, 17 April 2015

ultimate success


Bertabahlah wahai diri. 
Bukan mudah nak jadi orang luar biasa. 
Keep moving and nail it!

Wednesday, 25 March 2015

bagaimana nak kekal tenaga cintakan Quran?

Personal mesej dari sahabat baik Imtiaz bertanya bagaimana nak kekal bertenaga mengulang ayat hafazan Quran. Saya bukan orang layak, sekadar berkongsi apa yang ada. Dan juga persediaan 83 hari lagi Ramadhan, moga2 Ramadhan kali ni kita lebih cinta dan istiqomah dengan Al Quran. 

1. Letak target dalam planner yang masa sesuai dgn masa dan ability kita. Target itu sebenarnya niat. Dan niat itu motivasi. Kita akan jadi lebih terinspirasi dan bertenaga nak baca dan mengulang Quran. Kalau target tu tercapai, Alhamdulillah, pasti malam tu kita tidur dengan bahagia. Kalau tak tercapai pun, takpe. Tidur awal dan bangun awal untuk baca Quran, bahkan baca Quran di tengah2 malam itu lebih memberi kesan pada jiwa kita, Al Muzammil ayat 1-6.


2. Jadikan Quran tu sebagai bestfriend dan habit kita masa lapang. Kalau masa kosong je, biasanya kita bukak wassap dan scroll fb kan. Apa salahnya kadang2 selang seli dgn bukak Quran. Mula2 paksa diri. Insya Allah lama2 bila kita usaha untuk istiqomah, Allah akan campakkan rasa cinta untuk selalu berdamping dengan Quran. Insya Allah :) 


3. Selalu doa moga Allah cintakan kita dgn Quran setiap kali lepas solat dan solat malam kita. Sebab Allah yang memiliki hati kita. Moga-moga Allah campakkan cinta menggebu gebu pada Al Quran. Mungkin saja sebab kurang doa, Allah tak bagi rasa cinta untuk sentiasa bersama Quran. Allah bagi ni selari dengan kesungguhan hambaNya meminta. Jadi, doalah lagi :)


4. Sentiasa berdamping dengan orang yang rajin baca Quran. Saya ada kak nadiah n kak ain yang selalu  baca Quran. Di Imtiaz dulu, Maisarah Pauzi dan Aida Asma. Jadikan mereka inspirasi. Tengok mereka baca Quran, pasti hati kita pun terjentik sama nak baca Quran kan. Berlumba2 nak dapat pahala, sebab sedar diri kita banyak dosa. Jadi, cari kawan yang suka baca Quran dan berdampinglah :)


5. Kalau malas sangat, at least kita dengar bacaan Quran mp3. Boleh dengar sambil study, sambil drive ataupun sambil2 lipat baju. Jadikan Al Quran kehidupan kita. 



6. Tips2 lain macam biasa. Jaga diri kita dari dosa sebab Al Quran itu nur (cahaya). Cahaya takkan tembusi hati kita jika kotor dengan maksiat. Dan perbanyakkan istighfar dan tahajjud. 


7. Strategi nak mengulang ni berbeza untuk setiap orang. Ada yang jenis suka baca ayat by ayat. Ada yang suka mengulang 1 page terus. Depend pada mana yang lebih mudah. Takde masalah. Apa yang penting, istiqomah! :)


Doa-doa cinta dari hadis riwayat At-Tirmidzi (hadis taraf Hasan menurut At-Tirmidzi & As-Suyuti).

اللَّهمَّ ارزُقْني حبَّكَ وحبَّ مَن ينفَعُني حبُّهُ عِندَك
Ya Allah rezekikanku dengan cintaMu & cinta kpd mereka yang cintanya membawa manfaat disisiMu.