Friday 10 July 2015

tokwe dalam tulus doa


22 Ramdhan, tokwe kesayangan kembali ke rahmatullah. Pergi yang takkan kembali sepertimana arwah tokki dulu. Tapi aku yakin, tokwe dan tokki pasti bahagia melihat anak2 menantu2 yang sangat menyantuni mereka sepanjang hayat yg ada. 

Tokwe, tokki..
Najah sebagai cucu sangat tersentuh, kagum, dan sebak melihat betapa cinta dan kasih anak2 menantu2 tokwe menjaga tokwe yg sakit terbaring 24 jam di atas katil. Segala-galanya lengkap. Penjagaan yg rapi, kasih sayang yang tulus, berlembut sangat. Najah yakin, walaupun tokwe tak boleh bercakap, tapi hati tokwe pasti bahagia kerana berjaya melahirkan dan mendidik 10 orang anak yang mencontohi akhlak Rasulullah dlm menyantuni ibu bapa. Air mata menitis melihat anak2 menantu tokwe yang memandikan tokwe sehingga selesai urusan kebumi tokwe ke liang lahad. Pagi jumaat yang sayu itu, kami semua melihat jenazah tokwe yang dibaluti kain kapan putih dimasukkan ke dalam tanah. Sungguh, kematian itu sangat menginsafkan. Bersedirian tanpa sesiapa, cuma 'amal soleh saja peneman dan pemberi cahaya di alam sana. 

Teringat kenangan waktu jaga tokwe di hospital; tokwe akan betulkan ayat Quran yg aku salah baca. Byk bnde tokwe x berapa ingat, tp ayat2 Allah tetap kekal walaupun tokwe tgh sakit. Dan sepanjang waktu tokwe sakit, ramai anak2 usrah tokwe datang ziarah. Ukhuwah kuat sampai ke tua. Najah kagum dgn tokwe T T

Teringat kenangan sebulan lebih duk dengan tokki tokwe sepanjang abi umi tunaikan haji. Najah waktu tu darjah 6. Tempoh yang memaksa abe, abe imi dan najah uruskan adik-adik yg kecil lagi; adik Kamil umur 3 bulan, Fahim umur 2 tahun, dan Musa umur 4 tahun. Waktu tu, tokwe dan tokki la yang jadi pengganti umi abi. Teringat macam mana tokwe tegur najah yang solat cepat sebab nak tengok cerita Rosalinda. Teringat macam mana tokki pernah nasihat jangan berkeras sangat dengan adik2 lepas tokki tengok najah marah Fahim Musa yang kuat merajuk dan menangis. Setiap kali lepas solat, tokwe tokki takkan bagi buka TV selagi kami adik beradik tak baca Al Quran. Walaupun cuma tempoh sekejap, tapi sedikit sebanyak dapat jugak merasa bagaimana tokwe tokki mendidik anak2 10 orang untuk menjadi insan yang mulia akhlaknya. Mungkin lepas ni, boleh dengar cerita dari mak saudara dan pak saudara tentang kebaikan dan ketegasan tokwe tokki dalam mendidik anak2.

"Menjaga ibu bapa bukan satu taklifan (tanggungjawab), tp ia adalah tasyrifan (kemuliaan)"

Dan aku sangat terinspirasi dgn kebaikan ayah zin, Dr Wan Razin Wan Hassan dan teh, Dr Tuan Norizan Tuan Mahmud yg sangat mengambil berat urusan kesihatan tokwe supaya hemodynamically tokwe stabil, uruskan luka bed sore tokwe dan pastikan kondisi tokwe selesa walaupun sibuk dengan tugasan di hospital. Siap lengkap dgn jadual pengurusan bonda nik zahrah seawal jam 6 pagi hingga malam sebelum tidur untuk memudahkan anak branak lain tolong jadi nurse utk jaga tokwe, cucuk insulin, cek BP, kira pulse dll. Insya allah, moga aku mencontohi sikap ayah zin dan teh untuk jadi doktor pakar yg bukan saja berbakti utk ummah, tp sgt prihatin menyantuni ibu bapa.

Kami pasti merindui tokwe dan tokki... Al Fatihah

No comments:

Post a Comment